Hai kengkawan.. Kabare? Wes Mangan? Hhahahaha
Semalam tercapai juga cite-cite aku nak bershopping barang kahwin kat KL.. walaupun banyak perkara yang tidak berapa best terjadi.. huhuhu..
Daripada rumah lagi, aku dah rasa tak berapa nak pergi. Tapi disebabkan percubaan membodek yang Zam buat amat berkesan, aku teruskan jugak dengan janji aku. Sebenarnya hari Ahad ni Zam ada perlawanan takraw dan bola sepak kat stadium Kluang, dan dia tak benarkan aku ikut dia kali ni. Aku terima permintaan dia dengan syarat bawak aku g shopping kat KL, dan Zam pun setuju.. pergh.. baik punye bodek. Sanggup dia nak bawak aku g KL sebab tak kasi ikut dia g Kluang. Dia kata bukan tak nak bawak aku.. tapi bak kata team mate dia, "Ingat nak pergi berkelah ke siap nak bawak tunang ko".. Huh.. Jeles lah tu.
Kami bertolak ke Seremban lepas breakfast biskut kat rumah.. heheh.. aku malas nak masak pagi ni. Sampai di Seremban dalam pukul 11 tengahari.. naik Komuter sampai Mid valley. Aku beli tiket sampai Sogo sebenarnya, tapi Zam nak ke Mid Valley.. nak tengok wayang. OK lah.. aku tak kisah sangat. So kami berhenti kat Mid Valley.. disebab kan perut ni lapar sangat.. maklumle masuk biskut jek pagi tadi, aku terus ajak Zam g food court.. Zam g order nasik dan aku pulak g order air. Dalam dok nak bayar air tuh.. puas aku raba beg aku cari beg duit.. carik punya carik.. sah tak ada. Aduh.. berdebar-debar aku. Gabra giler aku masa tuh. Dah la malu sesangat kat waiter tuh.. dok tunggu aku ulur duit. Aku g kat Zam.. mintak duit dia. Pastu aku dok kat meja. Tak berani nak bukak mulut, takut kena marah. Tapi Zam dah agak ada yang tak kena.. akhirnya terpaksa lah aku berterus terang setelah puas aku kena paksa.. Erk.. Alhamdulilah, Zam tak marah aku pun cuma dia adalah tegor pasal sikap aku yang cuai tuh. Then tetiba jek aku teringat yang beg duit aku tuh aku letak dalam dashboard kete masa berhenti isi minyak kat Tampin.
Aduish..Aku dah tak de mood langsung dibuatnya... mana taknya, aku yang bersemangat nak shopping sakan, sekali beg duit pulak boleh tertinggal.. dah ler aku risaukan takut-takut ada orang yang pecahkan cermin kereta.. melepaslah aku.. Tunai untuk preparation kawin aku semua dalam tuh.. Dalam mood macam tuh, aku mula ar nak buat perangai. Kenapalah perangai aku ni tak berubah-berubah ek.. Padahal silap aku sendiri, tapi macam nak salahkan orang lain pulak. Aku tak nak tengok wayang.. dan ajak Zam balik. Puas ar tunang aku tu layan perangai aku.. macam-macam dia nasihatkan aku.. dah datang jauh-jauh, teruskan lah niat tuh.. pasal duit tuh dia kasi guna duit dia. Ish.. dah nama pun keras kepala, aku tetap jugak berkeras nak balik. Hmm.. Zam beli jek tiket ke Sogo.. sebab kami memang dah plan nak g Jalan TAR.. Nak tak nak aku naik lah jugak, tapi sampai sana aku terus jek beli tiket ke Seremban semula. Nak balik jugakkkkk!!!
Agaknya dah serabut punya pasal Zam pun setuju jek nak balik... Erk.. betul ke nak balik..uwaaaa.. dengan muka tak malunye aku cakap kat dia aku tak nak balik. Pulak dah.. geleng kepala jek tunang aku tuh. Nasib baik ler aku dapat tunang yang penyabar, kalau tak mesti aku dah kene penampar sulung sekali.
Pastu tu puas lah kami menyusuri jalan TAR tuh.. sampai naik melecet kaki aku.. keluar masuk kedai baju..Gulatis, Alinas, Maya.. bla bla bla.. Asal nampak jek kedai kain terus aku masuk..Then, turun naik kedai bunga.. BUnga riben, SSF.. dan yang sewaktu dengannya. Yang bestnye.. Zam beli baju nikah kami dengan sehelai selendang yang cantik sangat... Warna Bronze.. terus sejuk lah hati aku. Hahaha..Bak kata tunang aku tuh "Boleh pun senyum... kan comel" huhuhuhu.
Pukul 5, kami beredar meninggalkan KL. Sebelum tu singgah kejap kat SOGO.. erk.. ada sale bedsheet Jean Perry.. 70% less.. telan air liur jek lah aku. Sampai seremban dah masuk maghrib, solat jap.. dan terus balik ke Segamat. Hampir pukul 9, kami selamat sampai di rumah.
With Luv |Cik Mai| 9:48 AM
Bersabar
Tuesday, March 29, 2005
Apa khabar semua... sihat ke hari ni? Minta maaf kerana sekali lagi membiarkan blog ini menyepi.. sebenarnya dalam minggu ini aku ada juga cuba-cuba untuk memasukkan 'entry' baru.. tapi bila aku nak save jek terus keluar blank page.. 'Cannot be Display..bla.bla..bla". Hmmm.. menduga kesabaran sungguh.. Dah le aku taip agak panjang.. bila kene macam ni, sekali-dua aku masih boleh bersabar.. masuk kali ketiga aku dah putus asa. Malas dah aku nak teruskan.
Cerita tentang kesabaran.. kalau tidak silap aku dalam 2 atau 3 minggu lepas radio Era ada mengemukakan topik "Cuaca mempengaruhi kemarahan seseorang". Pada mulanya aku bersetuju dengan tajuk ini, bagi aku kalau dalam cuaca yang panas terik.. tambahan pula keadaan mental dan fizikal yang letih bagi yang baru pulang bekerja, ditambah lagi dengan kesesakan bandaraya bagi yang ditinggal di kota.. tahap kemarahan memang sukar dikawal, tetapi sebenarnya semua ini berpucuk pangkal pada hati kita sendiri.. jika kita memang pandai menguasai tahap kemarahan.. mempunyai kesabaran yang tinggi.. sudah di asuh dari kecil untuk menjadi insan yang sabar.. InsyaAllah.. kita akan berjaya menyabarkan diri kita. Bukan mengikut rasa hati yang sedang membakar diri sehingga sanggup berbunuhan-berbunuhan seperti yang sering kita tonton di kaca TV.. trend pembunuhan masa kini.
Semalam dan hari ni sahaja sudah dua kali kesabaran aku dicabar.. Alhamdulillah, berkat kematangan aku mengawal perasan (hihihih..). Macam biasa aku masuk ke kelas tepat pukul 10.00. Aku memang jarang lewat ke kelas. Hmmmm.. wajah-wajah murung dan tertekan jelas kelihatan pada pelajar-pelajar aku.. Ada yang tenung aku macam nak telan aku pun ada. Aduh, aku punya lah bersemangat nak mengajar hari ni, tiba-tiba nampak muka pelajar-pelajar macam tu.. terus hilang semangat. Rasa nak mengamuk dalam kelas adalah. Ini semua gara-gara dateline projek VB mereka yang semakin dekat.. Mesti pulun sampai malam tak tido.. then buat-buat coding tak jadi, tu yang attend kelas aku dengan muka mengantuk dan muka tertekan.. Aku mula berdamai.. bertanya-tanya mesra,semoga tumpuan mereka akan hadir dalam kelas aku.. bukannya setakad jasad mereka. Tapi nampaknya teknik aku tidak menjadi.. hmmm.. aku tak suka mengajar dalam keadaan macam ni. Buat penat aku menghabiskan air liur jek.. mereka pasti tidak faham dengan apa yang aku bebelkan.
Dalam pukul 10.30, dua orang pelajar masuk ke kelas. Aduh.. tidak ubah macam perangai aku masa dekat UTM dulu... hehehe.. padan muka aku.
Aku berdiri betul-betul depan seorang pelajar tu, kasi dia satu soalan. Boleh ddia buat tak tahu... then toleh dinding. Macam aku ni tunggul jek kat hadapan diorang. Tensen.. Tensen. Mentang-mentang lah aku ni tak tahu marah.. sukahati jek nak buli aku. Aku semakin tertekan. AKhirnya aku buat keputusan, beri mereka pilihan.." sesiapa yang rasa-rasa tak nak belajar.. boleh keluar dari kelas saya"... Hehehe.. boleh macam tu ek. Yang peliknya, tak seorang pun yang keluar. Aku kasi jek mereka latihan dan suruh siapkan.. siapa siap boleh balik.
Hmmm.. boleh sakit jantung kalau setiap hari bebudak ni buat perangai macam ni.
With Luv |Cik Mai| 4:55 PM
Selamat Bertunang cik Sal
Saturday, March 19, 2005
Selamat Pagi semua... Apa khabar? Korang sihat² ke? Aku tak berapa nak sihat ler hari ni.. semalam aku ada appointment dengan doktor.. cek blood pressure lagi, sebab hari tuh masa aku asyik pening-pening macam nak pitam doktor kata tekanan darah aku rendah.. dia ada kasik aku 3 jenis ubat dan suruh aku habiskan dalam masa seminggu dan datang lagi jumpa doktor.. dan keputusan semalam, tekanan darah aku masih rendah tapi ada perubahan berbanding dengan minggu lepas...
Sebenarnye esok member kamceng aku masa kat Teknik dulu akan melangsungkan majlis pertunangan dia.. CIk Salasiah.. kat Parit Raja, BP. Cadangan asal aku nak pergi ke majlis ni.. teringin ssesangat nak jumpa kawan lama aku ni.. RINDU nyerrr.. tapi di saat-saat akhir terpaksa membatalkan rancangan.. Mak aku tak kasik aku drive sesorang ke BP.. Sejak kecoh2 kes road bully.. payah betul aku nak lepas jauh2..:( Zam pulak x dapat nak hantar aku.. dia kene hantar mak dia ke Muar..
Hmm.. to SAL n Pasangan.. mintak maaf bebanyak tak dapat hadiri majlis korang..Selamat menempuh alam pertunangan yang kekadang manis sangatttttt dan kekadang ada jua sedikit kelat nye.. hehehe..
p/s: Epal.. Sori plan x menjadik. Jangan kecik ati ek.. Nanti aku adiahkan ko epal.
With Luv |Cik Mai| 8:59 AM
x-men datang lagi???????
Tuesday, March 08, 2005
Selamat Pagi..
Korang masih ingat lagi pada kisah x-men? hehe hoho huhu..
Aku mengaku mengakukan satu kesilapan malam tadi.. Kalau Zam tau ni.. mampos aku (sShhhhhh.. Janji jangan bagitau die yer) Bermula dengan kegatalan tangan aku meng'sms' si x-men.. Di samping niat aku ingin bertanya khabar..memang ada terselit perasaan rindu aku pada dia.. Rindu sebagai seorang kawan.. hmmm.. salah ke kalau aku sebagai tunangan orang rindu kepada bekas teman lelaki aku? Tak? Ye? Tak? Ye? Yeeeeeeeeeeee....
Sekali mamat ni pun tengah rindu kat aku agaknyer.. Selama ni kalo aku sms dia, tak dek nak di layan nyer... BUat bodo jeks.. Ntah mimpi apa malam tadi, dia balas sms aku..hehe.. ada lagi part yang lebih best.. Dia bahasakan diri dia sebagai 'abang'. Satu panggilan yang pernah aku rindukan sesangat satu ketika dulu.. Uwaaaaa.. tergugat kejap iman aku. Adalah budak yang tak boleh tido malam tadi agaknyer...
Adalah dalam 2-3 mesej kami berbalas.. aku akhirnye tertido. Sebab hati aku dah dipenuhi kasih sayang Zam agaknya.. malam tadi x-men tak datang pun dalam mimpi aku.. dan kisah sms kami hanya berlalu begitu jeks.. Tak meninggalkan sebarang kesan dalam jiwa aku pagi ni.. Alhamdulilah.. Aku masih seorang tunang yang boleh dipercayai. :-)
With Luv |Cik Mai| 5:13 PM