|
|
Bahang Raya
Monday, November 17, 2003
hmmm.. sana sini orang dok berceriter psal raya sekarang ni..pasal baju raya.. pasal duit raya.. pasal kuih raya.. pasal langsir raya..dan bermacam -macam raya lagi, Kat rumah, Kat Office..Kat Kedai-Kedai.. Kat Jernel ( Kan bro liquid kannn? ).. Hehe!
Aku pun tak nak laa ketinggalan. Malam2 lepas tarawikh, aku sibuk jugak ar mengemas rumah.. hehe.. Dalam dok kemas2 tu, aku jumpa satu album.. heh..wujud lagi rupanya album ni.. selain gambar, dalam tu ada surat! Erk...syiok jugak baca surat2 lama ni.. Nak tergelak aku rasa baca surat2 zaman cinta monyet.. Ayat..pergh..sasterawan pun kalah..hahah..Tapi aku notice satu perkara, surat2 tu dia kirim setiap kali nak raya..kenapa ekk? Agaknya setiap kali nak raya jek dia teringatkan aku. :-( Masa kemas tu jugak, aku jumpa kad2 raya yang aku beli kat MPH b4 aku balik sini hari tu.. Laaa.. aku pun dah hampir lupa! Dah lama tak tulis kad raya.. nak kasik kat sape pun aku tak tau..
Pagi tadi, dalam perjalanan ke Office dengar topik pagi Era.. kisah duit raya! Erk.. ramai pemanggil yang mencadangkan kasik RM10 kat anak2 saudara. Huh..RM 10 tuh.. kalo anak buah aku 5-6 orang, OK ar jugak! Ni dah berderet-deret.. dah 50 orang.. erk.. bankrupt aku dibuatnye ! :-) Tapi kalau yang masih di umur bawah 10 tahun tu.. memang ar aku bagi RM10. Kebanyakan anak2 buah aku dah besar-besar.. dekat U.. dah kerja..!
Persiapan raya.. biasa jeks! Ala kadar.. kuih? Huh...langsung tak buat lagi.. risau gak ni! Harap kuih 'tunjuk' jek laaa.. Ingat nak buat jugak last minute nanti, carik resepi kat Majalah.. Malangnya hari rabu sampai jumaat ni, aku kene keje kat HQ, USJ. Mula2 bos nak aku kat sana sampai hari Ahad.. puas aku memujuk rayu, dah nak raye. Orang sibuk nak balik kg, aku pulak sibuk kene outstation. Uwaaa.. sian kat aku!
Nasib baik tak terpilih untuk join Conference kat Bali, kalo tak hari raya kedua dah ke sana.
Hari ni aku ada Training, start pukul 9 sampai 6 nonstop! Hampeh betullah.. Tau ar kami pose tak keluar lunch, at least waktu lunch hour tu bagi ar kami meluruskan otot2 yang dah kejung (perkataan favourite Mal) ni.. Ni tak, break 15 minit jek untuk solat.. Nasib baik ada orang temankan aku dengan sms dia.. hilang sket ngantuk aku! Tapi bukan boleh layan sangat..dia yang sibuk sms aku.. sekali nanti sesuka hati marah aku asyik sms dia.. haha.. Aku tak kisah sangat.. sukati dia lah..! Janji dia bahagia :-)
With Luv |Cik Mai| 10:27 PM
Rasa
Saturday, November 15, 2003
ERk..Lunch Hour tadi sempat aku conteng satu sajak yang ntah apa-apa.. ;-(
Rasa Itu Membinasa
Ingin Ku Kuburkan Ia Di sana
Agar Kehangatannya Tak Terasa
Membeku Bagai Tiada Apa-Apa
Pun Terkadang
Aku Gagal Jua
Resahnya Membara
Bagai Lahar Terpendam Di Jiwa
Ingin Sekali
Kunyatakan Rasa Kecewa
Merantai Hati
Mendera Jiwa
Agar Aku Lebih Mengerti
Kepuraan Di Mana-Mana
With Luv |Cik Mai| 9:08 PM
unwell
Friday, November 14, 2003
Dari semalam lagi aku dah rasa lain macam dengan diri aku ni.. datang kerja aku langsung tak boleh nak fikir apa, rasa macam ada satu beban yang sedang menghempap kepala aku ni..! Damn Pening... berpusing-pusing! Muncul semua bintang-bintang... berkelip-kelip. Mungkin aku tak cukup tidur.
Hari ni masih macam tu. Kepala aku sakit sangat.. berdenyut-denyut. Ada sesuatu yang sedang membelenggu kepala otak aku ni.. kenapa ntah. Mujur student aku memahami.. mana taknya.. sepanjang kelas pagi tadi, dua kali aku berlari ke bilik air.. muntah-muntah. Akhirnya, aku langsung tak boleh mengajar. Atas simpati dan keprihatinan student, aku meletakkan kepala di meja.. cuba melelapkan mata dengan harapan semuanya akan berakhir.. manakala student ku arahkan meyiap assigment.
Aku berkira-kira nak mintak half day.. nak ke klinik, tapi aku ada meeting sebelah petang. Lagipun, aku malas betul nak berurusan dengan admin.. banyak pulak soalnya nanti.
Selepas meeting.. admin staff datang mintak Schedule untuk batch yang baru ni. Argh..bertambah la bintang-bintang kat kepala aku ni. Aku mintak dia bagi aku satu hari, esok pagi aku hantar kat meja dia.
Malam.. aku ke klinik. Tak tahan sakit kepala. Doktor cakap mungkin aku tak cukup tido... then aku banyak sangat fikir.. apabila perut kosong (puasa aarr), angin naik ke kepala.. tu yg aku rasa pening dan muntah. Dia nak bagi mc, tapi aku tak nak. Aku dah janji nak hantar Schedule tu pagi esok. Nanti ada pulak yang mengamuk!
Erk..banyak fikir? Huh.. aku bukan tak nak buat atau sengaja melewat-lewatkan kerja ni semua, tapi aku memang tak tau nak buat. Menyambung tugasan orang.. memang aku tak suka. Pada aku, biar sesusah mana pun, baiklah aku yang mulakan dari mula.. aku tau di mana akar umbi tugasan ni. Ni tak.. hujung pangkal pun aku tak tau di mana... alih-alih nak bereskan semuanya. Setiap kali aku memandang bende-bende ni semua.. kepala aku blank! Uwaaaa.... tensennya... :-( Nak buek cam no ni???
With Luv |Cik Mai| 11:18 AM
Permainan
Thursday, November 13, 2003
Huh..permainan apalah yang sedang dia mainkan. Hendak bermain teka teki dengan perasaan aku yang sudah begitu jelas ku kira! Kemenangan apa yang hendak diraih? Award apa yang begitu galak di kejarkan?
Silap aku.. silap itu seringkali berpihak pada aku yang mempunyai sekeping hati yang terlalu lembut.. dengan rela menjebakkan diri dalam permainan ini. Sudah berkali ku berpesan pada diri, usah bermain dengan api. Tapi kedegilan ini mengatasi segala-galanya. Api yang merbahaya itu jua yang cuba aku hampiri.
Tapi kenapa? Kenapa permainan teka teki ini begitu asyik di perhatiannya.. begitu enak pada fikirannya. Aku gagal melelapkan mata gara-gara baru sahaja tersedar yang aku sudah jauh terjebak dalam permainan ini. Mahu mencari punca duduk sebenar permainan ini.. lantas dia menyepi diri. Mengharapkan aku lebih tersiksa.. terusan menyalahkan diri sendiri. Adilkah ini semua????
Letih.. aku sudah cukup letih terusan begini. Bermain dengan perasaan sendiri.. cuba menjadi ahli nujum menyelesaikan teka teki. Hendak menangis? Tiada lagi air mata untuknya. Hendak menjerit.. itulah sedikit rasa yang sedang muncul di jiwa. Meluah rasa.. di sinilah.. di sini tempat aku meluah rasa, di kala dia sedang enak di buai mimpi, aku masih lagi terkebil-kebil memikir nasib diri.. Terkadang aku perlu tekad mengundur diri.. tapi hati aku masih di sini.
Banyak yang aku pelajari tentang kehidupan ini.. tapi bila bicara soal cinta, ia datang dengan sendiri.. Bukan dari buku2 yang sering aku baca.. tapi ia datang sendiri jauh dari sudut hati.
Kepada dia, usah menyepi diri. Permainan telah dimulakan..ayuh kita tamatkan sekarang juga. Biar tiada hati yang terus terluka!
Mana mungkin
Kanku cari ganti
Irama syahdu mengulit rindu
Bertali arus
Tidak berhenti
Airmataku
Jatuh kepipi
Jika diriku masih kau cinta
Dunia ini indah belaka
Bila munculnya insan kedua
Mendung kelabu bermula
Korus:
Mana mungkin
Kehidupan
Disisihkan bila kehilangan
Aku kecewa
Kau hancurkan
Kini tiada..emmm
Bahagia
Tidak mungkin
Dapatku ulangi tiap memori
Takkan kembali
Terkulai layu
layari sendiri luka dihati
Berdetik sunyi
Jika diriku masih kau cinta
Dunia ini indah belaka
Bila munculnya insan kedua
Mendung kelabu bermula
With Luv |Cik Mai| 2:15 AM
Tukar Cuti
Huh.. macam tau2 jek aku banyak 'date' setiap kali weekend.. cuti aku dah ditransferkan ke hari Rabu dan Khamis. Susah ar nak jumpa member macam ni. Ish.. hampeh betul la! Sah2 ar lepas ni aku x boleh join banyak event.. termasuk ar kene revise balik janji aku dengan member baru aku nak tengok LOTR kat Melaka.. :-(
Petang semalam tiba-tiba jek Mak aku tanya pasal x-men kat aku..erk.. dah lama betul mak aku tak sebut nama dia. Hairan sekejap aku.. kenapa tiba-tiba Mak aku boleh teringatkan mamat ni.. padahal dah lama aku tak pernah bercerita apa2 pada pasal x-men kat mak aku! Entahlah.. ni mesti gara-gara aku tolak 'risikan' calon menantu pilihan mak..haha.. Cuba nak korek rahsia hati aku ar tuh.. sebab apa agaknya aku tolak.. ;-)
Malam tadi call x-men, lama aku tak call dia. Nothing special.. just tukar-tukar cerita terkini pasal kerjaya masing-masing. Huh.. dah lama tak sembang macam tu dengan dia. Macam biasa, aku memang tak pernah nak ungkit tentang kisah silam aku dengan dia. What past is past! Tak pernah jugak aku bercerita tentang perasaan dengan dia.. Samada bercerita tentang perasaan aku mahupun bertanyakan tentang perasaan dia. Walaupun dalam hati aku, ada tersimpan satu persoalan yang telah bermastautin di situ sejak tiga tahun lalu.. kenapa aku tak pernah luahkan soalan itu? Entahlah.. mungkin aku masih mengharapkan jawapan yang datang sendiri darinya tanpa perlu aku persoalkan.
With Luv |Cik Mai| 1:26 AM
Bz
Monday, November 10, 2003
Erk..
'Bz betullah cik Mai skang yer?'
Heh..sorry ar Cik Ju... bukan sengaja nak menyombong.. memang tak berkesempatan langsung nak reply mesej cik Ju.
Kehidupan aku kat sini semakin menuntut pengorbanan... perngorbanan masa senggang aku yang kerapkali di habiskan dengan perkara-perkara yang kurang mendatangkan faedah.. tapi tetap menjadi top 5 aktiviti harian aku..haha.. Berangan! BerYM, Baca Novel, Memindah Turun Lagu dan Tido.. erks!
Dah lama aku tak bz macam ini, tapi aku suka keadaan ni. Menuntut penuh perhatian dan masa aku! kadang kala rasa gelabah, takut2 gagal memberikan yang terbaik ke atas amanah yang di berikan. Dan lebih menyukarkan apabila ada orang yang cuba menyalah tafsirkan komitmen yang cuba aku berikan dengan sepenuhnya. Hmm.. sehingga aku rasa sedikit tertekan dan kecewa. Begitulah sikap manusia.
Mencari cik Ju di MSN. Meluah rasa.. dengan harapan sedikit kelegaan akan datang.
'Kalau orang belum kenal Kak Mai memang macam tu.. saya tau Kak Mai macamana..nanti diorang faham lah tu'
Thanks cik Ju.
Memang.. hanya yang faham sahaja tidak akan menyalah ertikan komitmen yang aku berikan ke atas tugas2 ku. Aku sudah biasa menghadap PC seawal office mula beroperasi berterusan hingga malam. Non-stop. No lunch. No talking. Bukan aku sombong.. atau cuba melobi majikan.. tapi itulah sikap aku.. apabila sudah menghadap PC membuat kerja.. Mak mertua lalu pun aku tak perasan!
erk.. perlu ke aku nyatakan.. kehadiran sms x-men membuatkan aku lebih bersemangat meneruskan impian ini! :-)
With Luv |Cik Mai| 1:44 AM
New World
Tuesday, November 04, 2003
Aku tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri aku di tempat baru. Hari kedua, aku sudah mula serasi dengan situasi baru di sini. Waktu kelas, aku menghabiskan masa di Lab.. hampir setiap hari kelas aku di dalam lab kecil ini. Baguslah.. sedikit privacy di sini.
Selepas kelas, banyak masa aku habiskan di dalam Server Room. Mempelajari dan mendalami sistem pengoperasian Windows Server 2003. Terlalu banyak yang aku perlu pelajari.. Jika sebelum ini, aku sedikit pasti server di sini akan menggunakan Linux sebagai sistem pengoperasian, namun keputusan sudah dibuat oleh pihak atasan, Windows Server 2003 akan digunakan. Nampaknya, aku gagal untuk meyakinkan mereka. Tak mengapah, terpaksa lah aku memulakan semula dari A.
Server Room dijaga oleh Encik Is. Sedikit kekok aku hendak memulakan persahabatan ini dengannya. Dia tidak seperti pekerja lelaki lain yang mudah di dekati.. pendiam dan seringkali bersendirian bersama 'dunianya'.
Bekas pelajar MCKK dan pernah mendapat anugerah Pelajar Terbaik Politeknik ini sedikit pelik pada pemerhatianku. Jarang sekali melihat dia bercakap bersama-sama staff lain.. namun aku kagum dengan kerajinannya. Bekas pelajar jurusan elektrik, sedang berusaha kuat mendalami bidang komputer disamping ketekunannya mendalami bahasa-bahasa asing. Atas usaha sendiri, dia kini mampu menguasai bahasa Mandarin walau tidak sepenuhnya, dan baru sebentar tadi dia mempelawa aku untuk bersama-sama mempelajari bahasa Jepun. Hmmm..kebetulan, aku memang sudah lama berniat untuk mempelajari bahasa Jepun ini. Sepetang menghabiskan masa di Server Room, aku sedikit mula memahami dengan kepelikan Encik Is. Ternyata sikapnya tidak lah seserius air mukanya.. Tidaklah setegas seperti yang sering dikhabarkan.
Entahlah.. sikap aku yang 'friendly' ni kadang2 membantu dalam kerjaya aku. Tidak sukar untuk aku menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun. Yang penting aku ikhlas, tidak berpura-pura. Erk..sudah ada staff2 yang menjeling hairan.. berkerut muka apabila melepasi bilik ini. Aku faham apa yang bermain di fikiran mereka. Bagaimana aku boleh menghabiskan masa di dalam Server Room ni.. bersama-sama Encik Is.. sesekali berbual mesra. Haha.. esok lusa pasti sampai di telinga ku satu gosip baru.. Suka hati koranglah. Aku tau di mana letak duduknya diri aku.. niat aku. Untuk mendapatkan ilmu.. semoga Encik Is akan meluang sedikit masa mengajar aku.
Mengajar aku bagaimana menjadi sepertinya.. yang kadangkala aku rasa seperti sebuah Ensiklopedia. :-)
With Luv |Cik Mai| 1:04 AM
Bye Bye Smue
Monday, November 03, 2003
Petang semalam merupakan petang terakhir aku bersama kawan-kawan di bumi Skudai ni. Banyak perkara yang aku selesaikan petang semalam. Termasuklah ke office Cik Epal untuk mengambil kunci kereta aku yang tertinggal di dalam beg nya. Sewaktu hendak pulang ke office, aku sempat berpesan kepada cik Epal supaya terus tabah menghadapi hidup ini biarpun tanpa aku disisi. Aku faham perasaannya.. sepanjang aku disini, terlalu banyak peristiwa duka yang dialaminya termasuklah terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sehingga sebulan.
Berbuka puasa bersama teman-teman serumah.. Areel belanja. Terima Kasih Areeel.
Malam, aku menghabiskan masa mengemas barang-barang. Walaupun sebahagian daripada barang-barang aku telah di hantar pulang, namun aku rasa begitu banyak lagi yang perlu aku kemas. Sehingga kehilangan ide macamana aku nak menyusun atur semua barang-barang ini.
Sambil mengemas, sempat juga aku menghantar sms kepada sesorang yang baru sahaja aku dapat nombor telefonnya. Seseorang yang telah mencuri perhatian ku sepanjang aku bekerja di sini. Tiada niat lain, sekadar memaklumkan kepadanya aku akan pulang ke kampung halamanku esok. Meminta maaf kalau-kalau aku ada membuat silap padanya. Entah bila kami dapat berjumpa lagi. Kami terus berbalas SMS dan akhirnya dia menghubungi aku. Siapa sangka, perbualan yang bermula pukul 10.30 malam itu hanya berakhir empat jam kemudian. Huh.. sudah lama aku tak buat kerja macam ni. Rasa panas semacam telinga. Hehe.. Kalau di luar, kami sering berperang dingin, sikap nya yang sombong membuat aku dan kawan-kawan seringkali sakit hati. Namun kemenangan sering berpihak padanya.. akibatnya aku lah yang menanggung geram. Tapi malam semalam, dia memberi peluang kepada aku untuk bertanya dan terus bertanya.. sekaligus mengenali dirinya dengan lebih rapat. Heh.. Banyak juga yang aku tahu. Banyak rahsia hati yang disimpan.. termasuklah tentang prinsip hidupnya. Agak terkejut dia apabila aku berterus terang yang dia pernah berjaya 'mencuri hati' aku, seawal aku di sini sehinggalah peristiwa 'surat' itu. Tapi aku sempat menerangkan keadaan yang sebenar.. Bukan jatuh cinta ku kira, cuma berjaya 'mencuri perhatian', dan sejak peristiwa 'surat' itu, aku sudah lupakan segala-galanya. Tak perlu meminta maaf.. tiada sesiapa yang bersalah. Namun permintaanya untuk aku 'memulakan' semula, agak mengejutkan aku. Aku membisu sebentar lalu pantas menjawab segala-galanya telah aku lupakan.
'Pasti?' Soalnya..
'Ya..amat pasti'
'Tak apalah.. saya akan berusaha untuk 'memulakannya' semula'
Erk..
Jangan paksa aku!!!!!
Di akhir perbualan, kami sepakat untuk sama-sama menonton LOTR di bumi Melaka. InsyaAllah, kalau ada masa aku tidak akan menghampakan permintaannya.
Perbualan panjang malam tadi betul-betul meninggalkan kesan dalam diri aku pagi ini. Hmmm..banyak yang perlu aku selami hati aku semula..Entahlah, buat masa ni, aku belum ada masa untuk memikirkan tentang perasaan. Atau lebih tepat, aku fobia bila berbicara tentang perasaan. Aku lebih senang sendiri buat masa ni.
Perjalanan yang selalunya mengambil masa cuma 2 jam setengah kini menjadi 4 jam. Erk.. drive sambil berangan..mana taknya..haha! Sempat berhenti kat RR melelapkan mata..! Nasib baik Bos tak carik aku..
Cik Ju,
Bakal adik iparku, hehe.. jangan marah yer... Kalau marah bagitau abang Mie. Terima Kasih di atas kelapangan melayan bakal kakak ipar yang degil ni. Heh..kita sama-sama terpilih untuk memikul tanggungjawab dan amanah di sini. Tapi akak 'mengundur diri' dulu.. bukan bererti kalah mahupun sudah berputus asa, cuma ada tangung jawab lain yang sedang menanti di sana. Harap Cik Ju faham. Bukan sengaja nak tinggalkan Cik Ju sesorang kat sini. Setahun bersama, ternyata keserasian kita mengatasi segala-galanya. Pagi tadi, sewaktu nak meninggalkan rumah, akak sengaja tak nak jumpa Cik Ju, takut2 gagal mengawal air mata yang sudah bertakung. Semoga Cik Ju akan terus bergembira bersama kawan2 baru.. teruskan usaha demi memburu impian hidup. Di mana ada kehendak..pasti ada jalannya, yang penting berusaha. Terima Kasih atas segala-galanya.. segala-galanya yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Cik Epal,
SMS yang aku terima petang semalam menyentuh jiwa aku.. 'Mai, I really hope U wll be at here, beside me. U are one part of my spirit 2 stay here. Well, semuanya berlaku dengan kehendakNya. Don't forget me and I always need U'Petang semalam sewaktu aku meninggalkan office kau, aku memang sengaja tidak mahu menoleh kebelakang. Aku tak dapat nak tahan air mata.. Nway, kita dah bersama sejak dari tingkatan 4 lagi.. bilik yang sama di Teknik, Kelas yang sama di UTM, rumah sewa yang sama dan kini bekerja walaupun tidak di office yang sama.. Kita masih lagi bersama. Terlalu banyak kisah hidup aku yang kau tau dan begitu juga sebaliknya. Suka duka kehidupan kita.. tiada rahsia. Dan peristiwa yang kau lalui baru2 ini telah aku lalui 3 tahun yang lalu. Memang sakit melalui detik2 itu Epal. Tiada kata yang mampu meluahkannya..apatah lagi kita yang menanggungnya. Peringkat awal, begitulah. Aku sendiri kehilangan ide bila kau meminta pendapat aku bagaimana untuk mengatasi kekecewaan kerana aku sendiri gagal mengusirnya sehingga kini. Apa yang aku boleh kata, biarkan masa beraksi sendiri. Perlahan-lahan ia akan pergi.. biarpun kenangan itu tidak akan dilupakan, sekurang-kurangnya luka sakit dikecewakan akan berkurangan. Percayalah, suatu hari nanti kau akan sedar dan dapat menerima hakikat, semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Bersabarlah.. teruskan usaha demi mendapat kehidupan yang lebih cemerlang.
Cik Purple,
Terima Kasih di atas segala pertolongan, kau banyak bantu aku disini. Kita mempunyai minat yang sama.. mungkin di situ kunci keserasian kita. Tabahkan diri menghadapi semua ujian ni.. Kau tak suka berkongsi cerita dengan aku.. tapi aku tahu banyak tentang kisah hidup kau. Kisah duka perjalanan hidup kau.. percayalah purple, lebih ramai di luar sana yang menderita.. menghadapi kisah duka. Kita mempunyai cita-cita tinggi yang sama.. teruskan usaha. Dah berjaya jangan lupakan aku yer.
Rakan-rakan yang lain,
Terima Kasih di atas kerja sama kalian.. segala-galanya. Semoga terus bergembira..!
With Luv |Cik Mai| 10:21 PM
|
|