|
|
Funny Joke
Tuesday, September 30, 2003
Last nite went to city square..with my beloved friends..cik epal dan cik purple..plan nak tengok cter lain..unfortunately sampai mpv, kami dah lewat..that movie start at 7.45 and kami arrived at 8.00..tunggu maghrib kat rumah dulu..ingat leh kejar..cik purple drive gilak punyer laju..cilok sana sini..cam cter Italian Job laks..Kelisa ni anggap cam mini coupe jek ar..hahahah
Akhirnye aku kat belakang berbunyik ar jugak.."wei..nak kejo ape nie??"
nway..tukar plan..decide to watch "The League OF Extraordinary Gentlemen".While waiting for the movie, kami hang out kat city square...had a very sweet nite together...'cuci mata' ...tak lupa singgah vincci..wow..cantik ar kasut² baru...then..cik epal decide nak makan kat restoran mamak dalam cs tuh..dia makan nasik beriani..i'm not interested at all..sebab aku tak makan kari..uwaaaa...kijam ar korang..
Terkulat-kulat aku tengok cik epal makan.. :-(
Hmmm..cter tu not bad..gabungan watak-watak klasik yang aku pernah baca dan dengar..character yang menarik perhatian aku dlam citer tu..Quatermain (Sean Connery)..Very Cool..
Actually..aku tengah marah nie..why? hahah..becoz somebody make a funny joke with me..really funny...Last saturday aku attached external cd-writer kat pc dalam Bilik IT 1. Aku nak burn student punya exam...seingat aku, aku never take it back to my room...then today..i want to continue my job.. tapi bila aku masuk bilik IT 1, cd-writer tak da..then aku asked the person who ichnarge that room..then she said..she never take anything from that room...then i asked again..how about ur staff?? Tak ada jugakkk..uwaaa..pucat lesi aku sekejap..then aku naik atas..geledah bilik aku..yup....confirm it was not there..i asked my roomate...smue kata tak nampak..
Then aku checked kat admin..yup..it was there..somebody (actually the person that incharge that room..had kept it)...uwaaaa...
rileks..cool Mai..diorang saje nak bergurau tu...
Bergurau??
hahaha...what a funny joke..rasa ada orang nak makan penampar aku jek petang ni....:-(
With Luv |Cik Mai| 12:06 AM
No Title
Thursday, September 25, 2003
hmm..Apsal aku lama tak update yer? Bz sangat ke aku? Aku sebenarnye sedang menunggu ide..heh ide ape yer? Aku pun tau tau..sememangnye aku bukan lah seorang yang bijak bermain kata-kata..pandai menyusun baris-baris puitis macam dalam jernel orang lain yang aku suka baca.. Hakikatnya..penulisan aku memang hampeh..simple..macam diri aku jugak agaknya... ;-)
Apa yang aku lakukan cuti hujung minggu bebaru ni?
ahaks..Dah lama tak bershopping....knapelah perempuan ni ( aku tergolong dalam golongan ni ekk) suka sangat bershopping yer..Buang duit sana sini..knape..knape dan knape yer??
Tapi aku lain sket..Kalau orang lain suka ajak teman atau boipren diorang pergi shopping..tapi aku suka sangat pergi shopping sesorang..
Lebih rileks dan bebas..
huh...Aku boleh kemana-mana yang aku suka dan bila aku dah 'berkenan' dengan sesuatu bende tu..aku tak perlu mintak pendapat orang..yang ni ok ke...tak ok ke..Aku sangat tak suka bila orang tak suka apa yang aku suka..huhuhu..sombong jugak aku ni yer???
Jumaat lepas jugak aku telah mendapat balasan email dari pihak atasan..agak memeranjatkan..permohonan aku mendapat greenlight dari bos aku Mr X (Bukan nama sebenar). Tetiba sahaja ada perasaan lain menyelinap kat hati aku nie..perasaan ragu-ragu dengan keputusan yang telah aku ambil..Aku mula memikirkan adakah aku akan merasa 'kehilangan' kelak..kehilangan segala-galanya..
Aku tak mahu menyesal di kemudian hari..menyesal kerana gagal menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin..malah sewenang-wenangnya melepas kan ia pergi begitu sahaja..
Entahlah...semangat aku dah hilang..melayang-layang..Dan pagi tadi satu lagi berita aku dengar tentang Office Political ni..
ahaks..aku malas nak fikir..Sukati korang lah :-(
Jom dengar lagu.. Lagu tema aku pilih hari ni..ada ar kene mengene sket..Aku bukan menyinta pun..sekadar suka-suka :-)
Hanya Memuji
Sejenak daku pun terpanah
Melihat dia di depanku
Dia menjerat hatiku
Menatapku, tajam
Di sini di dalam dadaku
Ada getar lubuk tak ku sebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam... wooohhh
( korus )
Kuakui, tubuhku melonglai
Sempatku memuji dalam hatiku
Jangan fikir aku kan mencinta
Ku hanya kagumi, hanya memuji
Di sini di dalam dadaku
Ada getar lubuk tak ku sebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam
( ulang korus )
Di sini di dalam dadaku
Ada getar lubuk tak ku sebuh
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam
( ulang korus )
Tuhan katakanlah
Diri ingin dipuji
Biar berteman saja
Biarkan
( ulang korus 2X )
With Luv |Cik Mai| 11:06 PM
Kerja Gila
Wednesday, September 24, 2003
Kata orang 'Saat bercinta adalah saat paling manis untuk dikenang'.
Kata sahabat lama aku pulak ' Ishh..orang bercinta ni suka menipu..Kononnya sanggup memetik bintang..dia ingat bintang tu macam buah belimbing ke..?? Boleh main petik-petik2'. Kata aku pulak, 'untuk yang tercinta..apa sahaja untukmu'
heh..pelikkan?
Pernahkan anda melakukan sesuatu yang 'tak masuk dek akal' hanya kerana cinta?
Tak usah menipu.. baik anda fikir-fikirkan semula. Cuba anda kenang waktu anda sedang menaip kertas kerja di pejabat..tiba-tiba anda mengukir senyuman..yang bukan sikit dibibir..tapi sudah semacam kerang busuk jadinya..uish..berhati-hati..teman di sebelah sedang leka memerhati..hmmm..rupa-rupanya sedang terkenangkan si buah hati...Mana tidaknya..menghabiskan hujung minggu bersama buah hati di KLCC...
Tak nak mengaku lagi?? huh..Anda suka kari? Kenapa mesti menipu diri..Kalau mak dikampung menggulai kari..mulalah kita berbunyi..'Mak saya tak makan lauk kari lah mak'..Kasihan si mak..sanggup mengggulaikan lauk yang lain untuk si dara atau teruna kesayangan.. sedangkan kita seawal pagi sudah dibawa ke kedai mamak oleh buah hati.. melihat buah hati memesan roti canai berkuahkan kari..kita pun apa lagi..Nak menunjukkan yang kita ni sejiwa dan serasi..Oh..my favourite kari..
Aku sendiri dah lama tak buat kerja gila macam ni. Kerja yang akan 'mengkeduakan' (huh..ada ke perkataan ni) akal dan pemikiran. Kerja yang menenggelamkan diri aku yang tidak makan kari..ahaks.
Kalau nak difikirkan..lucu pun ada kan?
Bodohkah kita?
Uish...masakan seteruk itu.
Jadi..kenapa sanggup buat begitu?
Entah..anda ada jawapanya??
Sampai bila yer?
Sampai sekarang agaknya...
Buktinya??
Malam tadi..
Kenapa dengan malam tadi??
Malam tadi aku buat kerja gila.
Aku hantar sms pada dia. Dia balas..Apalagi..hatiku berbunga ceria.
Aku hantar lagi.
Tunggu.
Tiada balasan.
Argh..aku dail *122#
Baki anda adalah 0 ringgit 12 sen.
Ler...kredit dah tiada rupanya.
Tooot...tooot...toooootttt..
Hehe.
1 message received.
Hatiku kembali berbunga ceria.
Laaaa...Bukan dari dia rupanya.
Nak balas tak nak....kredit aku reserve untuk satu sms je ni.
Tunggu sms lagi.
5 minit.
10 minit.
15 minit.
hmm..baik aku balas sms kawan aku.
Tekan butang send.
Toot..tooot...tooooot..
1 message received.
uwaaa...lewat 1 saat je.
Dipenghujung sms nya ada tanda ?. Bermakna aku perlu balas sms ini.
Sekilas membelek jam..hampir ke 10.30 malam. Huh.sudah pasti kedai telefon berhampiran rumah aku ni dah tutup.
Tak mengapa..capai kunci kereta..7e kan ada..
Cuba gunakan short cut..kononnya nak cepat sampai..dipertengahan jalan..
'Jalan ditutup untuk kerja-kerja pembaikan'
Hampeh..
Puas aku pusing-pusing sekitar taman..mencari jalan terdekat ke 7e.
Uish..kalau sesat..bermalam didalam kereta lah aku jawabnya.
Akhirnya..lega..aku selamat sampai di depan 7e..
Dalam senyuman yang melebar sebab tidak sabar nak membalas mesej..
Tiba-tiba senyuman bertukar wajah..
Terkedu aku sekejap..
alamak..aku tak bawak duit.. :-(
Hehe..begitulah kisahnya bila diri dilamun cinta..ops..bukan dilamun cinta actually..
Kerja gila pun dah jadi kerja biasa. Banyak perkara dalam hidup ini, kita lakukan tanpa sedar dan akan kita sesali selepas itu, lalu terus berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Heh..usah terlalu mudah untuk berjanji..entah esok lusa anda akan kembali mengulanginya lagi...kerja gila!!
With Luv |Cik Mai| 11:05 PM
Rahsia
Tuesday, September 23, 2003
"Awak ada rahsiakan sesuatu dari saya ke?"
"Entah, saya rasa tiada apa yang nak dirahsiakan"
"R u sure?"
"yup.."
"Saya tak paksa awak cerita..tapi kalau dah itu kata awak..nak buat macam mana"
"hmm..don't think too much about it lah"
"OK..mungkin saya yang banyak fikir agaknya"
Lebih kurang begitulah perbualan aku dengan staff admin tengahari tadi..
Huh.
Sesuai betul dengan tema cerita Mami Jarum Junior, 'Berita Lebih Cepat Dari Internet'
Macam tu lah lebih kurang...Kali ni siape pula yang memegang watak sebagai Rita Rudaini..Tak kuasa aku nak memikirkannya. Silap haribulan.. jadi fitnah. Buat tambah dosa aku jeks.
Aku pasti.. malahan teramat pasti rahsia yang dimaksudkan adalah 'surat' yang telah pun bertukar inbox lewat petang semalam. Sehingga ke saat ini, aku masih lagi ragu-ragu.. masih lagi resah.. masih lagi gelisah.. Betulkah tindakan yang telah ku ambil ini.. Bersediakah aku untuk bertukar arah seandainya mendapat lampu hijau dari pihak atasan???
Hari ini.. seawal pagi..dalam debar ku periksa inbox elektronik mail ku..
No unread message
Hiba.
Kecewa.
Lantaran teringat kata-kata Cik Ju lewat malam semalam
"Takkan di layan nye Cik Mai"
Sempat aku berbual pendek dengan sahabatku yang sorang lewat petang tadi. Memang itulah yang teramat aku harapkan. Sudah lama.. terlalu lama rasanya kami terputus bicara. Sementelah seawal pagi aku sudah dijamu dengan cerita sedih dari laman webnya. Tergambar di ruang mata... dia yang begitu periang..penuh tawa.. siapa tahu di dalam hati menyimpan seribu satu macam kisah duka.. Kisah duka yang amat berat ku kira.. membaca dan mendengar nya sahaja sudah cukup mengundang air mata.. Inikan pula dia yang menanggungnya.
Buat sahabatku, bersabarlah..berdoalah..
Semoga akan terlerai segala kekusutan ini..
With Luv |Cik Mai| 10:03 PM
Plz Don't interfere My Personal Life!!!
Monday, September 22, 2003
Sedih.
Geram.
Marah.
Tiada siapakah yang sedar dengan apa yang sedang aku alami ini??
Diam.
Tapi sampai bila????
'Sabar itu separuh dari iman'
"Tapi sabar aku ada batasnya"
Kergembiraan aku terbang..
Keceriaan aku hilang..
Dek kerna mereka yang datang bertandang..
Huh...
Mereka ini tak pernah ku undang..
Apatah lagi untuk ku halau pulang
Ketawa.
Hahaha..
Buatlah apa sahaja
Asalkan kau gembira..
Tapi hati ku juga yang terdera
With Luv |Cik Mai| 11:02 PM
JOm Main Bola Keranjang
Wednesday, September 17, 2003
Agak lama aku membiarkan jernel ini sepi tanpa sebarang coretan..
Kekangan masa akibat daripada rutin harian membuatkan aku hampir lupa yang aku juga memiliki jernel sendiri..heh..Hujung minggu yang bosan..Tiada apa yang aku lakukan..Lazimnya jika tiada sebarang tugas yang mengkehendakkan aku berada di bumi JB ni..seawal jam 1 di petang sabtu..aku pasti akan menggerakkan kereta kecil ku pulang ke Segamat..Entah kenapa..tidak untuk minggu ini...Seperti ada yang ingin aku lakukan di hujung minggu ini di bumi JB ..tetapi bila ku fikirkan semula, entah apa
yang hendak aku lakukan...aku sendiri tidak tahu..
Terlalu kerap menghabiskan masa di pejabat..Sudah terlalu lama aku tidak menghirup udara petang di luar sana..melainkan udara dingin dek pendingin hawa di dalam bilik ni..Justeru..bercadang untuk menghabiskan petang di Taman nun di atas bukit..keseorangan..Terfikirkan rakan-rakanku yang ke entah ke mana..CIk Ada pasti sedang menuju ke kampung halaman..Cik Ju yang pasti sedang tekun mengajar..Cik Zul, entah ke manalah dia di hujung minggu ini..Tak mengapalah..kadang2 keseorangan boleh memberi kita lebih ruang untuk melakukan apa yang hendak dilakukan..Memerhati kanak-kanak riang bermain bola keranjang..sambil menjerit pekik. Alangkah seronoknya menjadi kanak-kanak..Menghabiskan petang dengan bermain bola sambil bergembira tanpa memikirkan apa-apa..sedangkan aku..biarpun sambil berlari-lari anak cuba mengeluarkan peluh..pemikiran aku...entah..tiada yang menggembirakan..terlalu banyak yang perlu difikirkan..
Terlintas di fikiran untuk membeli sebuah bola keranjang..bermain di taman ini.. InsyaAllah esok lusa aku akan ke sini lagi..menjerit seperti mereka kerana berebutkan sebiji bola :-)
Hampir sahaja aku melanggar janji pada diriku sendiri...Janji tidak rasmi yang telah aku lafazkan pada diri sendiri..Janji yang begitu memerlukan ketabahan dan kesabaran untuk aku kotakan..Entah kenapa lewat dua minggu ini..aku kembali seperti aku yang dulu..Aku bukan lagi seorang yang periang dan suka berbual bersama rakan-rakan..Aku bukan lagi seorang yang kuat dan tabah menghadapi sebuah perpisahan..Aku bukan lagi seorang yang cekal apabila soal perasaan menjadi topik perbualan..Aku kembali bersedih..Kembali membawa ingatan ku jauh ke detik itu..Kembali mula menitis kan airmata di kamar sepiku..dan yang amat mengecewakan ku..aku kembali menghubunginya melalui sms sekadar
meluahkan rasa sedih ini...Entah kenapa..setelah sekian lama ia berlalu..Hanya dia yang aku rasakan amat memahami diri ini..di kesedihan mahupun kegembiraan..
Yang pasti..aku tidak mahu terus begini..
Memetik kata-kata saudara Azhan Assaha Kamal dari laman webnya yang sering aku lawati http://azhan.blogspot.com
beban tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya membuatkan ada waktu-waktunya ia hilang dari ingatan. Namun dalam ketika yang lain pula imejan itu menjelma semula. Yang pasti segalanya perlu dihapuskan. Tetapi kita tidak boleh membunuh kenangan kerana kenangan tetap utuh. Dia tidak akan mati.
Tertarik aku dengan kata-kata di perenggan ini...aku akui..ia tak akan mati.. malahan menjadi satu sejarah yang akan mengekori kemana jua kan kubawa langkah ini..
With Luv |Cik Mai| 6:00 PM
Sahabat
Tuesday, September 16, 2003
Hari ni aku silap membuat taksiran..akibatnye..terpaksalah aku tanggung di atas kesilapan kecil aku itu..terpaksalah aku bekerja lebih dari waktunya..hmm..kalau tidak sudah tentu aku sedang lena diulit mimpi..bertemankan rembesan hujan kat luar sana..
Tak banyak yang aku lakukan hari ini..menjaga exam..selebihnya menyiapkan rekod mengajar..
Heh..tercuit hati aku teringatkan perbualan di kedai makan tengahari tadi..
Begitu sekali mereka membuat andaian tentang aku..kekadang begitu sukar menyembunyikan perasaan.. terutama kepada mereka yang terlebih dahulu makan garam..
GUrauan..yer..kadangkala menerima gurauan yang tidak bertempat membuatkan air mata cepat sahaja menerbitkankan diri di kelopak mata..bukan sahaja air mata menahan sedih dan kecewa..namun air mata menahan kepedasan yang dihidangkan..
Tak mengapalah..
Biarlah gurauan itu menjadi kenangan buat aku di masa hadapan..
Walaupun akibat yang aku terima agak menyakitkan..
sakit perut woo malam tadi nak tido..
hahaha..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lama tidak bertanya khabar...bukan niat mahu memencil diri..masa dan keadaan
mungkin masih belum mengizinkan..lantaran di kelapangan ini aku mula menyapa..
dengan niat..aku masih mengingatimu wahai teman..dimulakan dengan perbualan biasa.. bertanya khabar..bertukar cerita...mengimbau detik lama..tanpa sedar..hampir tiga tahun masa itu berlalu..Cerita biasa bertukar menjadi cerita luar biasa.. heh..
Memikirkan tingkahmu tentang perubahan aku..benarkah aku sudah berubah?? Ya, mungkin peredaran masa..membuatkan aku sedikit berubah...percayalah hanya sedikit..yang lain nya aku masih seperti yang ada dalam kotak pemikiran mu..
fahamilah teman.. Aku tak pernah menyisihkanmu dari ingatan ini..kau tetap teman aku..Maafkan aku jika aku bukanlah sahabat yang pandai menjaga hati sahabat..aku cuba menjadi sahabat yang terbaik..namun aku cuma insan biasa.. yang tak lekang dari melakukan kesilapan..nway..terima kasih di atas teguran mu..
Maafkan aku teman..!
With Luv |Cik Mai| 10:53 PM
Dekat PadaMu
Sunday, September 14, 2003
Dekat padamu
Arah ingin kutuju
Walaupun jauh akan kutempuh
Kerana hanya sunyi yang menemani hari
Semenjak kau pergi membawa diri
Oh dekat padamu
Di sana kan bersatu
Dua jiwa yang telah terpisah
Kesetiaan yang telah kita sama ikrarkan
Ku pegang teguh janji kukotakan
Andai tersalah arah berikanku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Jika cinta kita hanya sejarah lama
Sudilah kucuba kali kedua
Walau jauh ku akan kugegas berlari
Walau tinggi bisa kuterbang di langit
Walau sedalam mana akan kuselami
Kerana cinta sedalam itu mekar
Bila ku dekat padamu
Dekat padamu itu destinasiku
Tak kira apa jua kan kuterima
Harapanku kan terbuka pintu di hatimu
Dengan rela menunggu kehadiranku
Andai tersalah arah berikanku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Harapan mendorong ku mengusung cinta kita
Janganlah dibalas rasa kecewa
Hmm..patut ar aku suka sangat dengar lagu ni...membawa makna rupenyer... membawa seribu pengertian yang cukup mendalam..heh..jiwang lah pulak..
Ops..nak join ruangan sampaikan Era japs..
Halim : OK ..u nak tujukan lagu ni untuk siapa..
Aku : OK ..Lagu ini saya tujukan istimewa untuk x-men yang berada di bumi hang tuah dengan ucapan...hai..dah mandi lom...?
hehe..ape aku merepek ekk..Hari ni hari terakhir untuk batch MG09..huhu..sedih jugak aku..sebab masa memula dulu....dorang ni lah yang aku sakit hati sangat..
Dorang ni lah yang membuat kepala aku berdenyut-denyut setiap kali mula kelas..tapi bila masuk Part II..heh..diowang semakin memahami aku dan aku jugak semakin memahami diorang nie smue...bak kata perpatah..tak kenal maka tak cinta..hinggalah tercipta satu pertalian akrab antara kami..dan hari ini..kami berkumpul..di hari terakhir..bertukar-tukar cerita..dah diakhir sesi..aku menerima jambangan bunga dari mereka...uwaaa...terharunye..nyway..thanks so much..my beloved students!!
Cik Ju pose hari ni...ganti pose ar tuh...maklumlah..bulan Ramadhan just around the corner...so..nak balik cepat sket..nanti nak temankan dia berbuka pose..
so..bubbye everyone...
With Luv |Cik Mai| 10:51 PM
Aku, Yusri dan Erra
Saturday, September 13, 2003
Hoh..pepagi dah dapat call..kol 10..pergh..ape ni pepagi..howaaaaaa...mengantuk aku..Lagipun aku bukan fanatik artis..baik aku tido..so buat keputusan tak nak join..
Huuuu..rileks dalam bilik..skali Az dapat call lagi...Mr. Adam nak datang ambik...uwaaa..
aku nak g ke tak nak ni..slumber jek..mandi ar..buat ape nak kecoh....tengok Az dah siap..aku boleh nyanyi² lagi...jenguk bawah..tak de pun batang hidung Mr. Adam
ceh..kelentong kuat...
Aku tengok Az dah siap..ksian lak kat die..aku bersiap lah jugak..lambat pun lambat laa...Sampai opis show room..takde pun Erra ngan Yusri...ada Irwan ngan Farid jeks..
tak kisah ar..lepak japs..tengahri tu Mr. Adam ajak g City Square..yang ni baru rasa nak join..sebab dah tengahari..ngantuk aku dah hilang....
huuuhuhhhh..Besh upenyer pergi sebagai 'tiket' staff Metrowealth ni... Tak yah berasak-asak cam orang ramai..rileks jerk...dok kat tepi pentas..skali big boss..Mr David Teo panggil suh lepak belakang pentas...hmm..Not bad lah Erra ngan Yusri ni yer.. Kecantikan tak usah cter ar...memang yang macam selalu aku dengar..lagi satu besh nyer..keperamahan diowang tu..syok gak sembang² ngan Erra ni..
Since aku bukan fanatik artis..tak de ar excited sangat...
Habis kat city square..Erra ngan Yusri singgah opis..kire ok ar tu...ramai lagi memember aku yang x dapat g..boleh jumpa diowang gaks...sume nampak happy jeks...mana taknye..jumpe artis pujaan..lelagi mamat sotong tu..ops..
Akak aku sms..anak buah aku yang kat UPM tu nak bertunang...Alhamdulilah..perkara molek..bagus ar tuh..tapi yang tak beshnye..ada yang berbunyik..mak cu lom lagi..tunggu ar mak cu dulu...wachaaaaaa..jangan ar kaitkan aku dengan bebende macam ni..aku tak sukaaaaa...uish...teremosional laks..
Payah juga melalui kehidupan ini yer..bermacam dugaan dan rintangan...huuuu..
Namun aku bersyukur....syukur kerana terus di beri ruang di muka bumi Allah ni..
sampai bila..hanya Dia yang tahu..
Dapat sms..dari seseorang yang aku labelkan sebagai x-men kat phone book aku..Persoalan yang tidak terjawab...Membaca sms dari x-men ni..hati aku mudah sangat jadik sedih..jadik tersentuh....Terlalu sukar mencampak kenangan..meskipun telah tiga tahun aku melewati musim itu...
x men: Semalam..hari ni saya cuti
oh..baru aku teringat..aku ada sms dia lewat petang tadi
aku : Cuti ke mana?? Dating ye..
x men : Tak adalah..saudara saya kahwin..jadik tolong2 lah sikit
aku : Pak cik awak ker? Awak bila lagi? Jangan lupa jemput saya..Lama betul saya tak jumpa awak!
X men : Pak CIk saya hujung tahun ni..saya? Lambat lagi..masih belum jumpa yang sesuai..
aku : Samalah jugak...Awak memilih sangat kot..
x men : Entahlah ..saya malas dah nak pikir ni semua..awak bila pulak..
aku : saya..lama lagi jugak kot..sekarang ni saya pk pasal kerja jer..
Tiada penghujung nya... Aku terus tido...ntah kenape..aku rasa tido aku kali ni..seperti di iringi dengan satu senyuman..senyuman yang membuatkan aku rasa macam tak nak bangun pagi....hehee
"Ya Allah ya Tuhanku! Andai dia bukan jodohku tabahkanlah hati ini. Lepaskanlah ingatanku terhadap dia. Ya Allah ya Tuhanku, andai dialah jodoh yang kau tentukan buatku... Kembalikanlah dia ke pangkuanku.."
With Luv |Cik Mai| 10:51 PM
Me'make-up' kan jernel
Heh...hari ni masuk hari kedua aku merajinkan diri menggeledah ke alam 'html' coding ni..pergh..dah berkarat rupenyer ilmu aku...Nak kata tak tau langsung...dua tahun lepas pernah jugak ar seskit aku godek bende ni untuk PSM aku..tapi skang ni..rasa macam tengok bende yang x pernah aku tengok pulak...Tak per..slow² :-) As beginner aku asyik ar dok edit satu² html coding ni..ahaks..malunyer aku...
Aku perlukan bantuan dari pakar-pakar kat luar sana..tapi masih lom berkesempatan nak bertanyakan soalan..maksud aku..kalau setakat aku nak tanye membuta tuli..baik tak yah..at least kata orang...usaha dulu..baca sesikit..nanti barulah boleh tanye..kalau tetibe jek main tanye..nanti ada orang tu jawab...boleh..boleh blah!!!
Hari ni aku half day sepatutnye...Mak suh balik kg..AcIk Amy (anak jiran aku merangkap musuh ketat di zaman kanak²) akan melangsungkan perkahwinan..Tapi aku tak balik...Aku rasa letih sangat tetiap minggu berulang ke segamat..Aku rasa Acik Amy tak marah aku..sebab masa kenduri sebelah pompuan hati tu, aku dah g..
So..Selamat Pengantin Barulah ye acik Amy dan pasangan..semoga berkekalan ke akhir hayat..
With Luv |Cik Mai| 10:47 PM
Pulang Dari Cuti Yang Panjang
Tuesday, September 09, 2003
Seronok sakan aku bercuti...maklumle cuti skolah...semua anak buah berkumpul..dah lama tak jumpa diorang..On the way balik JB tadi..bermacam perkara terlintas kat kepala aku...Di antara permintaan mak dan akak aku supaya aku mintak ditransferkan ke Segamat smula dan jugak keinginan hati aku untuk terus berdikari...hidup sendiri..melalui segala ranjau dan duri..
Tapi kata-kata akak aku ada benarnye..Tak lama lagi bulan puasa bakal menjelang tiba..Tak kasihankah aku melihat mak kesorangan..bangun sahur mahupun menghadap juadah berbuka puasa...entahlah....tiada jawapan yang dapat aku berikan..
Kekadang terlintas di fikiran..jika pulang ke segamat pilihan hati aku..
Semudah itukah aku akan mendapat 'kebenaran' dari pihak atasan????
With Luv |Cik Mai| 5:42 PM
|
|