Aku selalu mengambil dan memikir mudah.. Tetapi hakikatnya, bila berdepan dengan situasi yang sebenar.. pening kepala juga rupanya.
Tersedu sedan aku menangis di pangku Kak Mal pagi tadi.. Kak Mal pun semakin erat memeluk dan mengusap ku.. Dibah memerhati tanpa henti memberi nasihat dan perangsang untukku..Sesekali, rakan-rakan yang lain melintas lalu lalang disitu sambil mengerutkan dahi.. sah pening memikirkan kenapalah pagi-pagi lagi Mai dah membanjirkan office dengan air mata..
Sudah aku tegaskan berkali-kali.. saat yang paling sukar dan paling aku takuti adalah apabila dikehendaki membuat keputusan.. Tidak kira samada keputusan yang melibatkan perkara yang kecil atau besar.. aku tetap merasakan ia satu keadaan yang amat sukar. Kalau ada kelas bimbingan khas bagaimana hendak membuat keputusan, aku rasa akulah orang yang pertama mendaftar untuk kelas itu. Belajar bagaimana mengatasi perasaan takut membuat keputusan..
Malam tadi, aku cuba sehalus yang mungkin untuk tidak memberi jawapan atau tidak membuat keputusan.. Yang aku tahu, hati aku mengatakan aku belum bersedia untuk itu semua...entahlah
Mr.Ng pernah kata.. "Sukar nak memahami hati perempuan ni..dalam 5 minit boleh bertukar fikiran.. kadang2 nak marah juga i dibuatnya"..hahha..aku ingat lagi dengan kata-kata tu.. tersenyum jek aku dengar.. Hakikatnya, memang sukar nak memahami perempuan ni sampaikan aku sendiri rasa sukar nak memahami diri sendiri :(.
Kalau 2-3 minggu lepas, aku lah yang mengada-ngada minta dilaksanakan secepat mungkin.. Tak sabar rasanya nak lalui detik indah itu.. Tapi sekarang, aku sendiri yang seperti endah tak endah.. berdoa semoga saat itu akan pergi jauh dari aku..
"Kenapa?"
Terkedu juga aku nak jawab.. pusing sana.. pusing sini.. semoga tidak ada pihak yang akan berkecil hati.
"Tak perlu berselindung.. tak perlu juga nak jaga hati saya. Berterus terang itu adalah jalan yang terbaik"
Ya..saya takut.. saya takut awak tak boleh nak bahagiakan saya.. saya takut saya membuat kesilapan.. saya takut masa depan saya akan hancur di tangan awak.. saya tak nak jadik perempuan hipokrit dengan mengatakan yang saya bukan jenis memandang status dan pangkat.. saya takut awak tak boleh beri kebahagiaan materialistik kepada saya..saya..saya..saya..Menjerit hati aku memberi jawapan.. sayangnya.. mulut ini terkunci.. terkunci demi menjaga hati dan maruah seorang lelaki yang tanpa aku sedar telah berjaya mencuri hati ini..
"Tak mengapalah..Saya sedar siapa diri saya..saya dah biasa hadapi situasi macam ni.. saya mampu berikan kasih sayang yang terbaik untuk awak tapi saya tak mampu nak berikan kemewahan untuk awak.."
waaaa.. macam ahli nujum... awak boleh baca hati saya.. erk.. awak terlalu baik..terlalu berlembut dengan saya.. kenapa awak tak marah saya..tak maki saya.. supaya lebih senang saya membuat keputusan..
"Awak fikirlah dulu.. carik keyakinan.. kalau awak dah yakin.. baru kita bincang semula"
Fikir? Yakin? hahhaa.. saya tak nak fikir lagi.. yang saya tahu sekarang ni saya betul-betul tak yakin dengan awak.. maafkan saya
hmmm.. aku terusan bermonolog dengan diri sendiri..sampai bila aku sendiri pun tak tahu..
Semoga hanya ada satu jalan yang bakal terbentang di hadapan supaya mudah untuk aku lalui.. tanpa perlu memilih untuk berundur langkah..
With Luv |Cik Mai| 4:16 PM
***Akal wanita senipis rambutnya***
Friday, July 23, 2004
Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga?Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya merekasemakin liar.Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan... Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' , Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..
With Luv |Cik Mai| 2:57 PM