|
|
Weekend yang membosankan
Sunday, September 26, 2004
Erk... apesal lah aku rasa bosan sangat hujung minggu ni yer... Tak de arah tujuan rasanya. Selalunya kalau hujung minggu, timetable aku lah yang pack sekali..
Semalam aku habiskan masa kat rumah my future mother in law.. Balik kerja zam ambik aku.. ada kenduri.. Aku pun tak de apa nak buat kat rumah, ikut jek lah.
Memula aku agak kekok jugak nak sesuaikan diri dengan pak cik mak cik dia yang ramai tu.. Aku duduk jek setempat..orang tegur aku.. aku tegur semula.. Kalau tak, kat situlah aku sengih sesorang..
Tapi bile dah nak petang tuh.. aku mula belajo menyesuaikan diri.. Buatlah apa yang patut.. kemas sikit-sikit.. Ingat kan sebelum maghrib nak balik, sekali kene stay sampai habis kenduri.. pergh.. abis2 aku kene buli.. Hahhaha.. Rasa nak patah pinggang aku ni hah.. Kalau kat rumah sendiri sure aku rileks goyang kaki.. sekali kat rumah zam, memacam aku kene buat.. Nak buat cam no.. dah nasib badan.. Kui kui kui
Hari ni Zam ada lawan takraw.. Bz.. Dia suh aku hantar nenek dia g klinik.. No problem... Balik dari Klinik, Mak aku pulak suruh hantar g belanje.. Lepas tu mak suh hantar g rumah orang kawin pulak...heheheh.. penyudahnye aku habiskan hujung minggu aku jadik driver.. takperlah.. berbakti untuk orang-orang yang aku sayang.
Tapi dah petang tu terasa penat jugak.. 2-3 kali aku ulang alik bandar.. Kalo bandar segamat tu dekat dengan rumah aku tak per jugak.. setengah jam lebih ar jugak perjalanan..
hmmm.. esok keje.. aku tak de mood langsung nak keje seminggu dua ni.. uwaaaa...
With Luv |Cik Mai| 10:15 PM
UTM
Thursday, September 23, 2004
Lepas subuh aku dah call Zam.. kalau confirm dia nak hantar, boleh lah gerak lewat sikit. Kalau tak aku nak bertolak seawal jam 7 pagi ni.. Jalan masih lengang.. dan matahari masih belum naik..syiok sket drive pepagi.
Zam nak hantar.. erk.. risau pulak aku dengan mamat ni, sebab dia baru jek balik keje pukul 4 pagi.. sah mengantuk.. Aku pun tak nak la menyusahkan dia.. tapi nampaknye dia memang nak hantar aku.. syiok jugak, ada member sembang-sembang dalam kereta..
Pukul 7.45 aku ambik Zam kat rumah.. aku tapaukan dia kuew teow goreng yang aku goreng pagi tadi.. senang.. tak yah berenti breakfast. Konon-kononnya aku nak drive sampai Labis.. lepas tu Zam drive.. sekali lom sampai Labis dia dah bermimpi dalam kereta.. Hampeh.. akhirnya sampai JB aku drive ditemani orang yang lena di ulit mimpi.. DI maafkan sebab dia baru balik keje.. :-(
Sampai JB dekat pukul 11 jugak, terus g Technovation Park.. Jumpa Epal.. MUaahhh..rindunye aku kat ko Epal.. RIndu kat Opis ko jugak.. lama aku tak lepak situ.. Isi borang.. photostate apa yang patut.. sekali aku bantai jek suruh Epal jadik referee aku.. Bidan Terjun.. hahahaha.. G Jusco nak cuci gambar..Jangan tak caye, waktu nilah aku baru nak cuci gambar.. sampai jek parking lot kat Jusco.. aku dah 'bau' Jusco.. Bau yang aku hidu hampir tiap-tiap hari satu masa dulu.. Uwaaaaa.. tak dapat aku nak luahkan betapa rindunya aku pada Jb.. Tempat yang pernah aku habiskan usia muda aku dulu.. Study + Kerja.. ^ tahun jugak aku rasa..
Setel semua.. g fsksm, jumpa Puan Mazura.. erk.. Lama aku tak jumpa bekas-bekas lecturer aku ni.. segan pulak rasanya.. Tak sangka Puan Mazura boleh cam dan ingat aku lagi.. sembang-sembang dengan dia.. nyatakan tujuan aku nak jadikan dia referee aku untuk apply Master ni.. Kebetulan Puan Maheyzah ada kat situ.. hmmm.. dulu before aku tinggalkan UTM, Cik Maheyzah.. skang dah bergelar Puan Maheyzah.. sedang pregnantkan ada kedua pun.. Alhamdulillah.. produktif.. hehe
Selesai semua.. g opis sps.. hantar borang.. pergh.. leganya Tuhan jek yang tau.. hilang separuh serabut kepala aku ni. Balik Zam dah janji nak drive.. Dah keluar UTM tu aku tanya dia nak ke mana ni.. jam dah pukul 4 petang.. Zam kata "g mana lagi, balik ler.. dah petang ni"
Erk..buat muka cebik lah jawab nye aku.. Aku nak g bandar, tapi dia nak
balik..
Hujan lebat giler kat Skudai petang tadi..kat traffic light Skudai, Zam belok ke kanan.. ke bandar lah tu.. Yahoooo!!!..
Lepak kat Danga Bay jap.. dalam pukul 5 petang balik.. HUjan sangat lebat dalam perjalanan balik tu.. Aku diam jek macam orang bisu.. dalam hati aku beristighfar, semoga Allah selamatkan perjalanan kami. AKu memang takut hujan.
Alhamdulilah.. dalam pukul 8 lebih, aku selamat sampai ke rumah.
With Luv |Cik Mai| 11:11 PM
Citer Sambung Belajo lagi
Wednesday, September 22, 2004
Pepagi hari ni, aku call sps.. Tanya samada diorang boleh terima borang aku tak.. sebab dah due.. tapi lom hantar lagi.. Alhamdulilah, diorang kata boleh hantar lagi.
Pasal Kuittho tuh, aku dah kehilangan ide. Puas aku cuba contact sana-sini, namun tiada kepastian yang aku perolehi. SMS Epal, bagitau dia esok aku akan ke JB. Nye Nye Nye.. (sape lah ajo ko gelak cam ni Epal)
Hari ni timetable aku pack la pulakk. Pagi aku ada kelas Fundamental Of Computing.. petang pulak ada kelas Networking.. Sebelum balik aku sempat jugak curi-curi masa download borang dari laman web sps.. Application form dan jugak Referee form. Aku save laman web tu, dan abis aku print semuanya.. sebelum tido, aku nak setelkan..
Malam.. jenuhlah aku melayan borang-borang tu semua.. susun transkrip.. sijil-sijil..
Sebelum tido aku call Zam.. tak berangkat, belum balik keje gamaknye. AKu cuma nakkan kepastian betul ke dia nak hantar aku, kalau dia penat dan tak nak hantar, aku boleh drive sendiri pagi-pagi esok.. Setakat Segamat-JB ni.. aku pernah berulang dua miggu sekali dulu.. heheheh..Oklah..Good Nite
With Luv |Cik Mai| 9:10 PM
Dilema
Tuesday, September 21, 2004
Hari ni aku masih lagi dalam mood semangat nak sambung belajar.. Kat opis aku sibuk melayari laman web utm dan kuittho.. Aku tak peduli apa yang berlaku kat opis.. Bos x de sini minggu ni.. Merdeka lah sket aku..
Tapi berita yang Epal khabarkan tadi betul-betul membuatkan aku hilang tumpuan dalam pelbagai segi.. Bak kata 7, jasad aku ada kat opis, tapi pemikiran aku entah ke mana. Terkapai-kapai aku rasa..Pening sungguh kepala aku.. Serabut..Serabut..
Rupa-rupanya maklumat yang aku perolehi daripada member aku tu kurang tepat.. Kursus yang nak aku pohon tu tak terbuka kepada umum.. hanya kepada pelajar-pelajar tajaan KPM. Tak dapat aku bayangkan kekecewaan aku buat masa ni.. sedih.. sangat sedih.
Contact member aku tuh.. dia suh aku contact KPM sendiri, tanya samada aku boleh apply biasiswa untuk ambik kursus tu.. suruh Epal contact, sayangnye tak berjawab pun. Jenuh dia call..Epal pun macam aku jugak, sedih dengan berita terkini ni..
Call Zam.. ajak dia temankan aku lunch.. Aku ceritakan pada dia tentang berita yang baru aku terima.. sedih jugak die dengar.. dia sedih aku lagilah sedih.
InsyaAllah.. aku tak akan berputus asa untuk sambung ke peringkat Master ni.. orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Tadi Miss L panggil aku, dia nak kan kepastian aku tentang berita aku nak sambung belajar yang dia dengar ni.. dia risaukan student aku.. Kalau aku pergi sebelum habis semester ni.. sapalah nak take over class aku.. Aku cuma bagitau dia, aku ada apply, keputusan muktamad belum ada lagi. Alhamdulilah, dia paham.. Sempat jugak dia bagi nasihat kat aku.. Kalau nak pergi sambung belajar ni, make sure aku dah betul-betul bersedia.. dari segi mental dan fizikal mahupun financial.. Jangan kerana nak terikut-ikut kawan..ataupun kerana tertekan dengan beban tugas aku sekarang..
hmmm... susah jugak ek.. entahlah.. semakin serabut aku dibuatnya :-(
With Luv |Cik Mai| 9:07 PM
Sambung Belajar
Tuesday, September 14, 2004
Entah kenapa ide nak sambung belajar ni tiba-tiba jek datang lagi.. Setiap kali musim pengambilan Master, aku berangan nak sambung belajar.. sama macam bulan 6 hari tuh.. huhuhu...ntahapa apa..
Tadi assistant principle kata 'Don't be impulsive'.. erk.. apebende ntah dia cakap..Aku bukan pahams sangat..
Semangat berkobar-kobar nak further ni.. Member aku inform pasal kuithho..terus aku g website dia.. Master Edu. Hmmm.. macam menarik..
Balik discuss dengan Mak.. Mak aku on jeks...dah style mak aku dari dulu kasik kebebasan pada diri aku kalau aku nak buat sesuatu.. asalkan aku tau apa yang aku buat tu mendatangkan kebaikan pada diri aku... Lepas satu rintangan.
Rintangan kedua.. yang ni rumit sikit. Zam. Puas jugaklah aku explain kat dia tujuan aku nak sambung belajar ni.. Mula-mula dia macam kurang bersetuju.. Takut lambat kahwin.. OK, aku bagi dia pilihan.. kalau tak nak aku sambung sekarang, dia kena izikan aku sambung bulan 6 tahun depan lepas kami kahwin.. erk.. dia lagilah tak setuju. Kata dia kalau nak capai matlamat, usahakan satu-satu. So.. dia bersetuju aku sambung dulu.. dah habis tu baru kami kahwin.. huhuhu.. Thanks so much for understanding me.
Contact cik epal.. discuss about this matter.. cik epal pun baru jek hantar borang untuk UTM.. erk.. aku tercicir satu peluang.. Borang aku dah download tapi tak isi lagi.. ralit tak tentu pasal.. tak tau due dah sampai.
Aku harap keputusan terkini yang dah tekad aku pilih ni akan terus berkekalan.. hehe.. korang sume tau kan sikap aku.. tak yah tunggu sehari.. 5 minit jeks aku boleh ubah fikiran.. :-(
With Luv |Cik Mai| 11:04 PM
Men are from Mars, Women are from Venus
Saturday, September 11, 2004
Today is my turn for the Knowledge Sharing Workshop.. 'Men are from Mars, Women are from Venus'by John Gray, Most of my fren nak aku review on this topic.. becoz akhir2 ni aku asyik dengan buku ni..
Since this Knowledge Sharing Workshop is open to any kind of topic that i've read before.. aku rasa Ok jugak aku discuss on this topic.. sure menarik!!
What can i say about this book?? I bought this book last year at MPH Jusco Taman U.
I found this book helped me to understand men better. It's not 100% but better than before.. and it's really helped me :-)
This book reveals how men and women differ in all areas of their lives. As we all know, not only do men and women communicate differently but how we think, feel, perceive, react, respond, love, need and appreciate differently.
This book said, the most frequently expressed complaint men about women is that, 'Women always try to change them'... hmmmm..as a woman, i agreed with this statement.. for me, when i love someone, i feels rensposible to assist my man growing and try to help him improve in anythings that he does.. It doesn't means i want to change him, but it is a sign of caring to give advice and sugestions.
The solution? heheh.. Starting from now, i must practice from giving him any unsolicited advice or criticism.. erk.. can I?
Just this morning, i call him and 'bla..bla..bla..kereta awak tu lowered rendah sangat..boleh tak kalau awak standard kan kereta awak semula?'. :-( Sian dia.
So for the women out there, please.. please and please.. practice from giving your men any unsolicited advice.. The men in your life not only will appreciate it but also will be more responsive to you.. InsyaAllah.. Am i rite guys?? :-)
I also learned when men stressed, he will withdraw into the cave of his mind and focus on solving problems. He temporarily loses awareness of everything else. Different with how women cope with stress. When women stressed, they will keep talking about their problem rather than try to find a solution... :-( Hahaha...
so.. when i found my man stressed or upset, i'll try to be more accepting of him at that time because he was expriencing a lot of stress.. rather than keep on asking what is his problem...
erk.. OKlah.. to women and men out there, try to respects and accept our differences.. i believe, you will have happy relationships together.. hehe..
p/s : try to improve my poor english.. huk huk huk.. :-(
With Luv |Cik Mai| 10:03 PM
Malay Dilema
Wednesday, September 08, 2004
Kenapa agaknye aku rasa semakin hari kehidupan aku semakin sibuk.. Tak da masa nak bersuka ria.. macam masa aku duduk JB dulu.. maybe sebab kat Segamat ni aku duduk dengan family.. Balik kerja bukan sesuka hati boleh melingkau depan TV macam duduk kat Jb dulu.. Dah la kat College penat melayan karenah bebudak ni.. balik rumah kene buat macam-macam kerja.. Erk.. susah nye nak jadik Superwoman nie.
Hari sabtu orang keje aku cuti.. kalau dulu keje sampai pukul 1 sekarang ni dah tambah sejam dua lagi untuk Workshop.. Attendance is compulsory.. :-(
Dah lama tak g jejalan tengok wayang.. PGL.. dengar orang puji macam nak rak.. tapi Epal komen cter tu macam x OK jeks.. rasa cuak pulak nak g.. Ada gak aku pujuk2 Zam ajak pergi.. dia kata nak tengok Buai Laju Laju.. AKhirnya.. tak tau le.. entah2 sume cter tak tengok.. Kalau dah memasing asyik bz memanjang
Kenapa sejak akhir-akhir ni aku bebetul MALAS nak kerja yer?? Ish.. Kalau dah perkataan MALAS ni datang kat kepala.. memang satu keje pun x menjadi.. PC kat rumah dah naik berabuk x pernah ON. Sebab workload? Kadang-kadang rasa logik jugak reason aku jadik MALAS skang ni.. bile dah terlalu banyak keje.. x tau mana satu yang patut didulukan.. rasa serabut semacam.. lama-lama aku BIAR kan semuanya.
Ingat bos x perasan.. sekali aku kene 'basuh' dengan dia.. dekat 2-3 jam.. hahaha.. padan muke aku.. Betul ke apa dia cakap pasal aku ni? betul tak?? betul tak??
Serabut.. Serabut.. Dah puas2 dia 'basuh' aku, dia suruh aku baca buku 'MALAY DILEMA' written by Dr. M, Nak carik jawapan kepada permasalahan aku..
Erk... buku tu ada dalam library.. Masalahye skang aku tak da masa nak baca buku ni.. ada sesape dah bace?? cter sket dengan aku, buku ni is about what hah??
Bos ada bagi hint sket, Orang melayu mudah berpuas hati dengan apa yang dia sudah miliki.. betul ke? :-(
With Luv |Cik Mai| 4:16 PM
|
|