blog*spot
get rid of this ad | advertise here
Shinju Câfe
 
 

Name


URL or Email


Messages(smilies)

      

|| Favourites ||

ITtutor.net

Cik Purple

Liquid7

Rezdrake

Detik Jantung Waktu

Cik Ju

Cik Epal

 

 

|| FlashBack ||


September 2003

October 2003

November 2003

December 2003

January 2004

February 2004

March 2004

May 2004

June 2004

July 2004

August 2004

September 2004

November 2004

December 2004

March 2005

April 2005

 

 

Bahu Ke Bahu   

Tuesday, December 14, 2004

 

Bila marahku berapi
Kau selalu dekati
Menyiramkan bagai air

Wajahmu yang sejuk dan tenang
Buatku rasa nyaman ohh

Bila ku muram berduka
Kau datang berjenaka
Bersama gula cinta

Alangkah manisnya terasa
Bila kita sama-sama ketawa

Korus:
Alangkah manis bersatu
Bila berganding bahu ke bahu
Usik mengusik (di) kau dan aku
Dibawah langit luas membiru

Untuk waktu bersenang-senang
Setelah pahit yang kita buang
Setelah jauh kita berjalan
Riang rasa semanisnya
Usik usikan


Musim Mengawan II  

Saturday, December 11, 2004

 

Malam tadi lebih kurang pukul 12.00 malam baru tiba kat Pekan Nenas sebab before tu singgah rumah abang aku kat Kulai. Dah makan-makan kat sana g rumah kakak ipar aku kat Pekan Nenas sebab nak overnite kat sini. So.. semua satu family (kitorang g 3 kereta) tido kat situ..

Dalam pukul 10.00 selepas breakfast nasik lemak yang best, kami bertolak ke Taman Perling.. Dan bermulalah sesi jejak kasih sedara mara sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa.. syiok gak.. Dan yang paling best bile aku jumpa Embah Long aku.. Embah Long aku ni dah lebih 90 umur dia, Alhamdulillah masih sihat walaupun agak sedikit uzur.. nak kenal orang pun dah agak susah.. mula2 salam aku rasa nak menangis sebab dah lama sangat tak jumpa dan Embah pun dah tak kenal aku.. tapi lama2 tu dia ingat aku dah.. Hmmm.. dalam usia yang begitu tua, Embah memerlukan sepenuh perhatian dan jagaan rapi.. Bile aku perhatikan Embah tak ubah berperangai seperti kanak-kanak.. Disuap ketika nak makan.. dimandikan.. Syukur sangat2 sebab aku ada 'Siwo' yang begitu prihatin terhadap Embah.. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik 'Siwo'.

Dalam pukul 12 lebih aku dah nampak Zam bosan semacam jeks.. x de geng agaknye.. Abang2 aku dah blah ke rumah member2 dorang.. so aku ajak Zam g jejalan kat Perling Mall.. beli air + Kek dan kitorang lepak kat situ japs..

Amy bersanding dalam pukul 2.30.. Ayunye aku tengok isteri Amy ni.. come sesangat.. Semoga bahagia yerk Amy.. Lepas jek pengantin bersanding, hujan turun.. Sekejap lebat sekejap renyai.. tapi kire basahlah kebanyakan tetamu yang hadir. Walaupun dah buat segala petua elakkan hujan, tu smue urusan Allah..

Lepas asar bertolak balik ke Segamat.. Solat Asar kat Machap.. Zam ajak turun highway Pagoh sebab dia tak nak lalu Yong Peng.. Jalan Yong Peng segamat rosak sangat skang ni (dalam proses naiktaraf). Tak sesuai lah kereta lowered dia tuh nak lalu kat jalan tuh.. erkk.. terpaksa lah lalu jalan jauh.. Pukul 8 kami selamat sampai rumah..

Musim Mengawan I  

Friday, December 10, 2004

 

Hari ni aku mc.. Penyakit 'M' datang.. hahha. Malam tadi aku bantai makan kupang banyak-banyak.. padahal aku tau dah yang aku 'alah' dengan seafood ni. Tambahan kupang ni.. perut aku memang tak boleh terima.. Dari dulu lagi kalo makan kupang mula la muntah2.. pening2.. sekali Dr. Hoe kata aku food poisoning.. Dapat cuti 2 hari.. syiookkknya.. Esok sabtu dan lusa ahad.. sambung terus 3 hari lah jawabnyer.

Lepas Isyak malam tadi Zam datang makan kat rumah.. Abang aku yang balik dari KL tu ajak dia makan sama.. Aku pun cubalah resepi baru yang aku donwload dari internet.. kerabu sotong. Hmmmm.. not bad.. Dah boleh jadik isteri orang dah... Hahhahaha
Sebelum Zam balik aku confirmkan semula pasal nak jadik pengapit B nikah kat Muadzam Syah hari ni.. Yelah, pasal baju melayu dia.. samping dia.. aku tak berniat pun nak sibuk2 tentukan dia pakai baju apa.. samping apa.. Entah kenapa mood dia malam tadi tak berapa baik agaknya.. dan seingat aku sejak hampir 4 bulan menjadi tunangan dia, nilah kali pertama aku 'berperang dingin' dengan dia.. Gara-gara nak jadik pengapit orang.. kami pulak yang berperang dingin.. Jawabnyer banjirlah air mata kat bantal malam tadi.. Huhuhu..

Alhamdulillah.. B dan Kak Mal selamat diijabkabulkan lebih kurang pukul 3 petang tadi.. Setiap kali aku melihat rakan terdekat menjadi isteri orang, aku pasti rasa sedikit hiba.. sedih.. terharu.. kenapa ekk.. Ape2hal pun, semoga kalian berbahagia selalu dan dapat menjalani kehidupan suami isteri dengan harmoni.. insyaAllah.

Balik dari Muadzam, ambik Pijai dan akak aku, kitorang terus bertolak ke JB. Alang-alang dah cuti esok, aku terus join family ke JB.. tapi bukan ke Mesra Raya kat Danga Bay tu.. Kami ke Tmn Perling, JB sebab cousin aku kawen..erk.. pepaham ler.. cuti sekolah ni musim mengawan.. :-)



Usah Leka Godaaan Dunia  

Wednesday, December 08, 2004

 

hmm... Terus terang aku akui, aku agak leka dengan godaan dunia akhir-akhir ni.. Entah apa puncanya.. hingga mmebuatkan aku termenung leka pagi tadi.. memikirkan apa amalan yang telah aku buat 2-3 bulan kebelakangan ni.. Ternyata semuanya berunsurkan dunia. Jalan-jalan dalam net ni tadi.. aku terjumpa berita ni dari berita harian online. Semoga ia menjadi peringatan buat diri aku.. InsyaAllah.

Hadis: Umat dituntut usah leka godaan dunia

DARIPADA Usamah bin Zaid bahawa Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud : “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki, selain fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.”

Allah menjadikan dunia ini dengan pelbagai daya tarikan. Ia bagi menguji keimanan manusia sama ada mudah terjebak dan tertarik dengan daya tarikan itu atau tidak.

Daya tarikan itu juga untuk menguji manusia sama ada mampu menguasai hawa nafsu daripada terjebak dan tergoda dengan godaan serta pujukan syaitan yang sentiasa mengajak manusia ke arah kejahatan dan kemaksiatan.

Antara daya penarik dunia ialah wanita. Hal ini kerana lazimnya mereka mampu mendorong lelaki ke arah kemungkaran melalui tutur kata manis, gerak geri menggoda dan pakaian yang memberahikan.

Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki hingga lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

Oleh itu, Rasulullah menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Kita juga dituntut mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanya sementara, berbanding segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.

 





























This page is 
                        powered by Blogger. Isn't yours?