blog*spot
get rid of this ad | advertise here
Shinju Câfe
 
 

Name


URL or Email


Messages(smilies)

      

|| Favourites ||

ITtutor.net

Cik Purple

Liquid7

Rezdrake

Detik Jantung Waktu

Cik Ju

Cik Epal

 

 

|| FlashBack ||


September 2003

October 2003

November 2003

December 2003

January 2004

February 2004

March 2004

May 2004

June 2004

July 2004

August 2004

September 2004

November 2004

December 2004

March 2005

April 2005

 

 

15 pintu  

Saturday, March 13, 2004

 

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa


Katak Oh Katak.. Kenapa Kau Panggil Hujan  

Thursday, March 11, 2004

 

Sudah masuk hari keempat hujan tak berhenti.. mujur hari keempat ni, hanya renyai-renyai sahaja yang turun. Tidak selebat dua hari yang lepas. Malam tadi aku dah berkira-kira, jika hujan terus lebat seperti semalam, aku pasti terpaksa mengambil cuti kecemasan. Bukan rumah aku yang banjir, tapi jalan keluar dari kampung aku menuju ke pekan.

Aku hampir-hampir tidak bekerja semalam.. tapi disebabkan dek rakan sepejabat dah berjanji nak tumpang aku, terpaksa juga lah aku beranikan diri lalu kat jalan yang di tenggelami air tu.. Kalau tidak, pasti aku dah hubungi pejabat.. "Cuti Kecemasan". Air bukannya dalam sangat, tapi agak deras.. tu yang aku takut nak lalu dengan kereta kecil aku ni. Hujan memang betul2 lebat pagi semalam.. Argh.. aku memang tidak suka memandu dalam keadaan sebegini... Tidak nampak langsung kereta di depan.. yang kelihatan hanya samar2 lampu kecemasan yang dihidupkan. Aku membuat keputusan berhenti di tepi jalan, menunggu air sedikit surut.. Baru 5 minit aku menunggu, ada orang mengetuk cermin kereta aku, seorang lelaki muda berpayung..

'Dik, bahaya parking kat sini.. takut² lori tak nampak adik..hujan lebat ni'

Erk.. baru aku sedar yang aku sedang mengundang bahaya kepada diri sendiri... dan mungkin kepada pengguna lalu lintas yang lain..

'Terima Kasih bang'

Aku baca ayat² suci yang terlintas kat kepala... bertawakal dan berdoa

Alhamdulilah.. aku selamat melepasi banjir tersebut.. dan bekerjalah aku seperti biasa walaupun lewat tiba di pejabat. hmmm.. semoga hujan akan berhenti dalam masa terdekat ni. Hujan lama-lama macam ni, membuatkan aku asyik teringatkan katil dan bantal peluk kat rumah.. :-)

Surat khabar semalam menunjukkan beberapa daerah dilanda banjir yang agak teruk kat johor ni.. Di antaranya Kluang, Kota Tinggi dan Skudai.. Mujurlah Segamat belum lagi masuk dalam senarai tersebut.. Walaumacamanapun, aku bersyukur dengan rahmat Ilahi ni.. Malam tadi aku kena marah dengan mak bila aku merungut

'Bilalah nak berhenti hujan ni.. susah nak pergi kerja.. kain basah.. kasut basah..'
'Musim panas kamu bising.. Allah bagi hujan pun bising jugak.. tak tau bersyukur langsung'
'Manusia mak'.. Hehe.. ayat cover sebab dah kena marah..Padan muka aku :-)





Tanggungjawab  

Monday, March 08, 2004

 

Dalam musim orang dok sibuk berkempen untuk pilihraya ni, terlepas juga lah cerita-cerita yang berkaitan dengan pilihan raya ni di pejabat tadi. Mula-mula aku lebih senang menjadi seorang pendengar, sesekali tersenyum mendengar cerita-cerita yang aku kira hanya 5 tahun sekali dapat di dengar.. :-)

Tidak lama kemudian, apabila seorang demi seorang membuat pengakuan yang mereka masih belum lagi
mendaftar sebagai sorang pengundi.. aku terpanggil untuk menyampuk..

"Apsal korang tak berdadaftar lagi?"
Antara jawapan yang aku terima..

"Tak ada masa lah.. sibuk"
"Tak payah lah sibuk² nak berdaftar.. sibuk-sibuk pergi mengundi lah.. BN pasti menang punya. Demokrasi apa macam ni.."

Dan aku tiba-tiba bersetuju sangat dengan kata orang "Melayu malas.. asyik mengharap di suap" apabila soalan aku di jawab dengan

"Apa lah Malaysia ni.. kata ke arah negara berteknologi tinggi, sepatutnya ada system yang secara automatik akan daftarkan raykat apabila sudah mencapai umur yang cukup untuk mengundi. Tak payah bersusah-susah nak pergi daftar"

Gulp! macam tu sekali..Haha..mula² nak ketawa juga aku mendengarnya.. tapi itulah hakikatnya,
hakikat rakyat malaysia yang masih belum sedar apa itu erti tanggungjawab :-(



SMS  

Saturday, March 06, 2004

 

Malam tadi aku bersembang panjang di telefon dengan seorang member aku. Dia SMS dan minta aku call dia, ingat kan ada hal penting.. ye lah, dah dekat pukul 1 pagi. Kebetulan aku masih lagi belum mengantuk, jadi aku call lah dia. Rupanya tiada hal yang begitu penting, sekadar meminta pendapat tentang seorang perempuan yang mula mencuri perhatian dia, malangnya perempuan tersebut telah menjauhkan diri gara-gara sikap member aku yang tergopoh gapah tu.

Hehe.. sebagai seorang kaunselor yang tidak bertauliah, aku pun mulalah menjadi pendengar yang setia. Hampeh Ez.. dah lah aku yang call ko.. Ni kene claim bil nie.. :-)

Perempuan tersebut mula menjauh kan diri bila dia sedar yang member aku ni suka pada dia. Walaupun member aku belum luahkan isi hati dia, tapi perempuan ni dapat agak daripada SMS member aku yang sering di hantar kepada perempuan ni. Member aku ni menunjukan sikap 'caring' dan 'suka' pada perempuan tu melalui setiap SMS dia..contohnya, pepagi tanya dah breakfast lom.. tengahari tanya dah lunch lom.. itulah. inilah..nak tido SMS lagi..ucap selamat malam.. Hehe

Hmm.. kebetulan aku juga sedang mengalami situasi yang agak sama cuma pada kedudukan yang berbeza.
so agak senang aku 'membantu' member aku ni.. pada mulanya aku agak berlapis sikit dengan memberi pendapat mungkin perempuan tersebut agak rimas dengan sikap member aku yang terlalu mengambil tahu tu. Aku nasihatkan dia agar menghentikan SMS dia buat sementara waktu.. beri perempuan tu sedikit waktu, jangan terburu-buru.. mungkin dia agak terkejut bila ada orang suka dan caring kat dia..

Tapi bila aku cerita dengan member aku ni yang aku juga alami situasi yang sama.. dia mengharapkan jawapan yang ikhlas dari aku.. jawapan yang ikhlas sebagai seorang perempuan.. Aku akui, aku rimas dengan SMS yang sering aku terima.. bertanya khabar, kejutkan aku diwaktu pagi (erk..ingat aku tak reti bangun sendiri ke?), tanya aku dah makan ke belum ( Apsal? Nak belanje ke?).. Tanya aku buat apa lewat malam (apelagi..tido laaa..), Kalau aku tak reply SMS, dia akan merajuk. hehe.. Tapi hakikatnya, itu hanyalah alasan aku..

Bila member aku mengharapkan jawapan ikhlas dari aku.. aku yakin jawapannya hanya satu..
Kerana aku tidak suka kan lelaki itu.. Alangkah indah dan bermaknanya setiap SMS yang aku terima itu jika ia datangnya dari lelaki yang aku sayangi.. bukan sahaja sehari 4 atau 5 kali.. kalau boleh setiap jam aku mengharapkan sms dari dia.. Siapa yang tidak gembira dan berbesar hati bila orang yang disukai sangat mengambil berat akan diri kita..

Berbalik pada member aku tadi, itulah jawapan daripada aku.. tapi aku dah berpesan pada dia, jangan samakan aku dengan perempuan tu... mungkin dia mempunyai alasan tersendiri kenapa dia menjauhkan diri dari member aku ni.. Teruskan usaha dan semoga berjaya. :-)

Waktu² macam ni.. rindunya aku pada sms x-men. Apa khabar agaknye dia sekarang yer?? :-(



Allergi  

Thursday, March 04, 2004

 

Hari ni aku rasa tak berapa sihat. Rasa cam ada beban jek kat mata ni hah.. nak bukak mata sket
nyer susah.. masuk keje pun agak lewat sket..terlajak..hehe. Pagi tadi mak aku di hantar oleh abang aku.
Lunch hour tadi mak aku call.. tanya aku ok ke.. Mak kata pagi tadi dia kejut aku banyak
kali. Aku langsung tak sedar.. Mak aku risau gak, tapi bila teringat yang petang semalam aku jumpa doktor
dan dapat satu suntikan, mak aku biar jek aku terus tido.

Baru aku teringat, semalam masa waktu keje, aku mintak keluar jumpa doktor kejap. Aku ingat nak ambil
ubat jek.. dah hampir seminggu ni, badan aku tak boleh kene air. Kalau kene air akan timbul bengkak²
merah yang gatalnya Tuhan jek yang tau.. Dalam seminggu ni jugak la..setiap kali lepas mandi,
aku jadik cam beruk kene belacan..menggaru-garu badan. Doktor kata, ni masalah allergi..erk..allergi lagi!
Minggu lepas aku baru jek ambik ubat allergi..Masa tu aku asyik gatal mata.. dan mata aku bengkak merah
keluar air..sampai demam aku rasa. Kali ni allergi lagi.. alasan yang sama, aku tak boleh makan seafood.
:-( Dapat satu suntikan dan doc sempat pesan yang ubat dalam suntikan tuh akan buat aku tidur lebih dari biasa.
Heh.. kesannya aku tido dari balik keje petang semalam, dan pagi tadi aku bangun tido, macam mamai jek aku rasa.
Mungkin saki baki kesan ubat dalam suntikan tu masih belum habis.


Nampaknya, aku terpaksa menguatkan semangat aku untuk tidak memakan beberapa menu favourite aku antaranya
Mee Bandung yang banyak menggunakan seafood.. (kerang dan udang) dan semestinya sambal tumis sotong
kegemaran aku..uwaaaa... :-(



No Title :-)  

Wednesday, March 03, 2004

 

Au baru jek setelkan tugas seperti biase setiap pagi..tak tau nak buat ape lagi, kalo nak bersiap g keje... masih awal lagi rasanya. Aku masuk keje pukul 9.00.. pukul 8.45 pun aku boleh g keje lagi.. Aku pulak jenis kalo bersiap tak makan jam punya.. 15 minit aku siap ar..

Semalam kete buat hal...lewat sket aku masuk keje.. :-( Kat opis aku buat cam rileks jeks.. padahal web tak siap lagi, tapi aku langsung tak sentuh pun.. kenapa ntah.. aku ni memang macam tuh.. heran betulla dengan perangai aku.. Excited bermusim.. masa aku rasa nak tau tu.. aku memang tak toleh kiri kanan buat keje.. tak siap kat opis, aku sambung kat rumah, tapi bila aku dah tau atau dah dapat solution satu² bende tuh.. aku terus jadik malas nak buat lagi.. ish. parah jugak kalo terus cam ni.. :-)

Lunch hour aku keluar sesorang g bandar..nak ambik buku yang aku hantar photostat hari tuh.. sebenarnyer aku ada niat lain..muahahhaa.. Dulu aku ada minat sorang ae kat kilang tempat aku praktikal, dan aku baru jek tau yang kedai photostat tempat aku selalu hantar buku tuh dia yang punyer.. jeng³..
Dari jauh dia dah senyum².. aku apalagi.. satu lagi perangai aku.. aku ni jenis peramah tak bertempat.. kirenye bukan jenis malu².. tapi kalo aku suka kat sesorang tu.. aku jadik pemalu yang amat.. hampeh.. Aku rasa dia pun perasaan yang aku gelabah lain macam. Lawak sungguh ar.. Tapi aku suka dia bukan ape pun.. suka tengok mata dia yang cantik tu.. :)

Tadi member aku mintak maaf pasal berita pertunangan seseorang yang membuatkan aku sedih dan kecewa.. Buat ape nak mintak maaf cik epal.. aku ok jeks..bagus jugak ko bagitau.. kalau tak sure aku tak tau apa².. semoga pertunangan dia akan terus berkekalan ke jinjang pelamin..

Petang aku dok kat bilik 'exam board'.. marking exam paper yang berlambak-lambak tuh.. sejak balik opis sini.. semakin bertambah tanggung jawab yag di amanahkan pada aku.. dan semakin kurang mesra aku dengan staff yang lain.. harap diorang tak salah anggap.. aku selalu 'hilang' sebab nak selesaikan segala tanggung jawab yang diamanahkan sebab aku jenis tak suka tangguh² kerja.. Kalo aku free, aku memang join dorang punyer..

Kelas aku batch ni dah nak abis.. ada dalam sebulan lagi.. bulan ni dah masuk LP09.. basic networking.. sama macam aku jugak, student pun excited bile belajar bende baru ni..apatah lagi time nak buat practical..semalam sehari suntuk diorang dok crimp cable, nak buat small LAN.. Habis RJ-45 aku.. ape daa... Nasib baik aku sporting.. hehe.. hari ni sambung practical crimp cable gak.. tapi nak buat cross over cable pulak..

http://www.networkeverywhere.com/educateme/wireanetwork.asp

k ar...nak mandi dan bersiap ke opis. :-)









 





























This page is 
                        powered by Blogger. Isn't yours?