blog*spot
get rid of this ad | advertise here
Shinju Câfe
 
 

Name


URL or Email


Messages(smilies)

      

|| Favourites ||

ITtutor.net

Cik Purple

Liquid7

Rezdrake

Detik Jantung Waktu

Cik Ju

Cik Epal

 

 

|| FlashBack ||


September 2003

October 2003

November 2003

December 2003

January 2004

February 2004

March 2004

May 2004

June 2004

July 2004

August 2004

September 2004

November 2004

December 2004

March 2005

April 2005

 

 

Selamat Hari Raye  

Monday, November 22, 2004

 

Salam Aidilfitri buat semua...Mintak maaf terlambat buat ucapan. Tapi bukan bererti aku lupa

korang. Aku masih ingat kat korang semua dan rindu saangatttt nak jumpa korang semua.
Apa aktiviti raya korang? Cik Ju raya kat KL..Epal kat Muo..Cik Purple..ntahle minah ni..merajuk

panjang dengan aku agaknye.. Liquid.. oit ko beraye kat mana?

Aku?? Kat sinilah..segamat daerah tercinta..

Raya ni aku tak ke mana-mana sangat pun.. dok rumah jeks..
Pagi raya pertama macam biasa kat rumah habiskan masa bersama keluarga dan sedara mara.Petang raya pertama aku ke hospital, melawat pak cik aku yang sakit jantung dan dimasukkan ke
hospital pada malam sebelum raya, jugak sepupu aku yang accident moto pada malam yang sama jugak.. ngeri gak aku tengok cousin aku.. doktor kata kepala dia mengalami gegaran kuat.. tu yang macam kenal tak kenal jek dengan orang datang.. sian dia... semoga pak cik dan cousin aku segera sembuh.. balik hospital singgah kat rumah bakal mak mertua aku, raya-raya orang dok sibuk makan ayam tapi mak Zam pi masak ikan baung.. permintaan anak-anak, maklumlah musim air naik ni banyaklah ikan baung.. aku pun apa lagi.. berselera sakan ler... hehehe

Raya kedua aku tak ke mana-mana, kat rumah melayan tetamu.. ramai sangat yang datang, tak sempat aku nak angkat kaki.. maklumle,mak aku ni anak yang sulung dan enek aku dok dengan kitorang, so semua sepupu sepapat, mak cik pak cik datang ke rumah aku.. dan sebagai anak dara tunggal, akulah yang bertanggungjawab menyediakan segala hidangan..no problem, janji semua happy.

Raya ketiga aku dah plan nak ke rumah Epal.. pepagi aku dah clearkan ape yang patut kat rumah.. supaya mak aku kasik greenlight nak g muo. Aku pegi dah lewat gak.. dalam tengahari..Aku g lalu bandar segamat sebab nak hantar 4 orang anak buah aku g main snooker.. ntah apa-apa diorang ni.. raya2 nak g habiskan duit kat Port Black.. Tapi mak aku kasik greenlight.. asalkan dorang tak buat bebende lain dah ler.. Sampai rumah epal dah lewat gak. Makan tengahari kat sana.. sedap lauk sambal udang favourite aku dan lauk pecal favourite Zam.. (Pecal= sambal kacang versi jawa
yang dicurahkan keatas ulam-ulaman). TQ so much Epal.. Balik dari rumah Epal, singgah rumah mak cik Zam.. malam tak g memana.

Raya keempat, g beraya rumah kakak-kakak aku.. kitorang g beramai-ramai, 4 buah kereta.. Kalau dah reramai tuh... tau2 jeklah.. gamat jek dibuatnye.. rumah Ngah makan nasi, pastu g rumah Kak Non dia goreng mee lah pulak.. hmm.. patut ar naik cuti beraya ni rasa banyak jek kain-kain aku yang sempit semacam jek kat pinggang ni..erk.. tak boleh jadik..

p/s : Cik Ju, tak ingat nak beraya kat keratong ke?? Orang nak g rumah ler..


 





























This page is 
                        powered by Blogger. Isn't yours?