|
|
Bersabar
Tuesday, March 29, 2005
Apa khabar semua... sihat ke hari ni? Minta maaf kerana sekali lagi membiarkan blog ini menyepi.. sebenarnya dalam minggu ini aku ada juga cuba-cuba untuk memasukkan 'entry' baru.. tapi bila aku nak save jek terus keluar blank page.. 'Cannot be Display..bla.bla..bla". Hmmm.. menduga kesabaran sungguh.. Dah le aku taip agak panjang.. bila kene macam ni, sekali-dua aku masih boleh bersabar.. masuk kali ketiga aku dah putus asa. Malas dah aku nak teruskan.
Cerita tentang kesabaran.. kalau tidak silap aku dalam 2 atau 3 minggu lepas radio Era ada mengemukakan topik "Cuaca mempengaruhi kemarahan seseorang". Pada mulanya aku bersetuju dengan tajuk ini, bagi aku kalau dalam cuaca yang panas terik.. tambahan pula keadaan mental dan fizikal yang letih bagi yang baru pulang bekerja, ditambah lagi dengan kesesakan bandaraya bagi yang ditinggal di kota.. tahap kemarahan memang sukar dikawal, tetapi sebenarnya semua ini berpucuk pangkal pada hati kita sendiri.. jika kita memang pandai menguasai tahap kemarahan.. mempunyai kesabaran yang tinggi.. sudah di asuh dari kecil untuk menjadi insan yang sabar.. InsyaAllah.. kita akan berjaya menyabarkan diri kita. Bukan mengikut rasa hati yang sedang membakar diri sehingga sanggup berbunuhan-berbunuhan seperti yang sering kita tonton di kaca TV.. trend pembunuhan masa kini.
Semalam dan hari ni sahaja sudah dua kali kesabaran aku dicabar.. Alhamdulillah, berkat kematangan aku mengawal perasan (hihihih..). Macam biasa aku masuk ke kelas tepat pukul 10.00. Aku memang jarang lewat ke kelas. Hmmmm.. wajah-wajah murung dan tertekan jelas kelihatan pada pelajar-pelajar aku.. Ada yang tenung aku macam nak telan aku pun ada. Aduh, aku punya lah bersemangat nak mengajar hari ni, tiba-tiba nampak muka pelajar-pelajar macam tu.. terus hilang semangat. Rasa nak mengamuk dalam kelas adalah. Ini semua gara-gara dateline projek VB mereka yang semakin dekat.. Mesti pulun sampai malam tak tido.. then buat-buat coding tak jadi, tu yang attend kelas aku dengan muka mengantuk dan muka tertekan.. Aku mula berdamai.. bertanya-tanya mesra,semoga tumpuan mereka akan hadir dalam kelas aku.. bukannya setakad jasad mereka. Tapi nampaknya teknik aku tidak menjadi.. hmmm.. aku tak suka mengajar dalam keadaan macam ni. Buat penat aku menghabiskan air liur jek.. mereka pasti tidak faham dengan apa yang aku bebelkan. Dalam pukul 10.30, dua orang pelajar masuk ke kelas. Aduh.. tidak ubah macam perangai aku masa dekat UTM dulu... hehehe.. padan muka aku. Aku berdiri betul-betul depan seorang pelajar tu, kasi dia satu soalan. Boleh ddia buat tak tahu... then toleh dinding. Macam aku ni tunggul jek kat hadapan diorang. Tensen.. Tensen. Mentang-mentang lah aku ni tak tahu marah.. sukahati jek nak buli aku. Aku semakin tertekan. AKhirnya aku buat keputusan, beri mereka pilihan.." sesiapa yang rasa-rasa tak nak belajar.. boleh keluar dari kelas saya"... Hehehe.. boleh macam tu ek. Yang peliknya, tak seorang pun yang keluar. Aku kasi jek mereka latihan dan suruh siapkan.. siapa siap boleh balik.
Hmmm.. boleh sakit jantung kalau setiap hari bebudak ni buat perangai macam ni.
With Luv |Cik Mai| 4:55 PM
Selamat Bertunang cik Sal
Saturday, March 19, 2005
Selamat Pagi semua... Apa khabar? Korang sihat² ke? Aku tak berapa nak sihat ler hari ni.. semalam aku ada appointment dengan doktor.. cek blood pressure lagi, sebab hari tuh masa aku asyik pening-pening macam nak pitam doktor kata tekanan darah aku rendah.. dia ada kasik aku 3 jenis ubat dan suruh aku habiskan dalam masa seminggu dan datang lagi jumpa doktor.. dan keputusan semalam, tekanan darah aku masih rendah tapi ada perubahan berbanding dengan minggu lepas...
Sebenarnye esok member kamceng aku masa kat Teknik dulu akan melangsungkan majlis pertunangan dia.. CIk Salasiah.. kat Parit Raja, BP. Cadangan asal aku nak pergi ke majlis ni.. teringin ssesangat nak jumpa kawan lama aku ni.. RINDU nyerrr.. tapi di saat-saat akhir terpaksa membatalkan rancangan.. Mak aku tak kasik aku drive sesorang ke BP.. Sejak kecoh2 kes road bully.. payah betul aku nak lepas jauh2..:( Zam pulak x dapat nak hantar aku.. dia kene hantar mak dia ke Muar..
Hmm.. to SAL n Pasangan.. mintak maaf bebanyak tak dapat hadiri majlis korang..Selamat menempuh alam pertunangan yang kekadang manis sangatttttt dan kekadang ada jua sedikit kelat nye.. hehehe..
p/s: Epal.. Sori plan x menjadik. Jangan kecik ati ek.. Nanti aku adiahkan ko epal.
With Luv |Cik Mai| 8:59 AM
x-men datang lagi???????
Tuesday, March 08, 2005
Selamat Pagi..
Korang masih ingat lagi pada kisah x-men? hehe hoho huhu.. Aku mengaku mengakukan satu kesilapan malam tadi.. Kalau Zam tau ni.. mampos aku (sShhhhhh.. Janji jangan bagitau die yer) Bermula dengan kegatalan tangan aku meng'sms' si x-men.. Di samping niat aku ingin bertanya khabar..memang ada terselit perasaan rindu aku pada dia.. Rindu sebagai seorang kawan.. hmmm.. salah ke kalau aku sebagai tunangan orang rindu kepada bekas teman lelaki aku? Tak? Ye? Tak? Ye? Yeeeeeeeeeeee....
Sekali mamat ni pun tengah rindu kat aku agaknyer.. Selama ni kalo aku sms dia, tak dek nak di layan nyer... BUat bodo jeks.. Ntah mimpi apa malam tadi, dia balas sms aku..hehe.. ada lagi part yang lebih best.. Dia bahasakan diri dia sebagai 'abang'. Satu panggilan yang pernah aku rindukan sesangat satu ketika dulu.. Uwaaaaa.. tergugat kejap iman aku. Adalah budak yang tak boleh tido malam tadi agaknyer...
Adalah dalam 2-3 mesej kami berbalas.. aku akhirnye tertido. Sebab hati aku dah dipenuhi kasih sayang Zam agaknya.. malam tadi x-men tak datang pun dalam mimpi aku.. dan kisah sms kami hanya berlalu begitu jeks.. Tak meninggalkan sebarang kesan dalam jiwa aku pagi ni.. Alhamdulilah.. Aku masih seorang tunang yang boleh dipercayai. :-)
With Luv |Cik Mai| 5:13 PM
Selamat Pengantin Baru Mr, Teo
Sunday, March 06, 2005
Hari ni aku menghadiri majlis perkahwinan bos kesayangan aku yang encem tuh.. Beloved opismate aku ambik aku dalam pukul 12.00.. Aku bawak deqlah temankan aku sekali.. lagipun kesian aku nak tinggalkan cik doktor ni sesorang kat rumah. Aku dressing simple jeks.. jeans dengan baju yang aku baru beli semalam.. Merah colour u.. Hahhaa
Sampai sana.. makan² sket.. erk.. tengok album.. ncemnye bos aku ni..Macam Hong Kong star lak aku rasa. ish... geramnyer.. Dalam pukul 1 lebih.. kitorang blah.. Semoga bos aku ni berbahagia lah selalu hendaknye..Amin. Opismate aku yang baik hati ni drop aku kat tmn bunga.. Then kenalah aku call Zam ambik kitorang balik.. dalam dok tunggu Zam yang tak datang², timbullah ide cik doktor ni ajak main bowling.. aku on jeks.. dan lebih besh lagi, Zam pun on jek bile aku call dia dan kasik ide deqlah.
Singgah petronas, solat japs.. terus g bowling. Ntah macamana nasib aku kureng baik hari ni.. disebabkan membuat teknik balingan yang entah aku belajar dari mana, pergelangan tangan aku terseliuh.. erk.. sakitnyer... Nak teruskan permainan pun x larat dah..
Balik tuh.. dorang nak minum cendol.. aku tak turun kete.. x de mood langsung. Balik akak aku heran tengok aku asyik mengeluh sakit.. akhirnye aku x leh tahan lagi, terbukak lah cerite yang tangan aku terseliuh.. perh.. mak aku nyer bebel.. @4^%&&*&(#@@!!)(87.. pergilah main bowling lagi!!!!!!!! kwang kwang kwang... Mak maafkan adik.. sebab lari dari tugas² di rumah.. inilah akibatnye... Ampunkan kami.. :-(
With Luv |Cik Mai| 2:56 PM
An Apple Day
Saturday, March 05, 2005
Hai kengkawan...
Hari ni keje macam biase.. Another free day at office.. muehehehe.. jgn jeles yer. Abis keje terus balik rumah..hmm.. ramai kat rumah.. Ada abang Ngah, Kak Long, Angah Fuad and Wife, Kak Mah & husband, Ila & Sister in law to be.. macam kenduri pulak rasanye. 1st saturday, macam ni lah.. semua dok berkumpul kat rumah mak.
Lepas asar, aku siap² nak keluar.. awal² dah bagitau mak sebab kene carik present ntuk big boss.. esok is his wedding ceremony. Bos beb.. pepaham ar.. kene ar carik something yg really special..
Aku ambik Zam kat rumah.. sampai bandar, 1st destination.. Rollenco Florist & Gifts..(for those who staying at Segamat.. aku recommend kan kedai ni kalau korang nak carik gifts.. macam² ada.. really sweets and up to date). geram plak aku dibuatnyer... After looking and looking for about 1 hour.. both of us agree untuk belikan satu lampu aromaterapi cost around RM60 ntuk my beloved boss. Lepas tu Zam suruh aku choose nak apa as gift ntuk aku.. erk.. tak romantik sungguh.. nak kasik hadiah tapi suh aku pilih.. hehehe.. Aku just give a hint.. then die belikan aku satu epal yang sangat comel ni.. (cik epal..jgn jeles ekk.. nanti aku belikan ko plak).

Destination kedua, kedai kasut (apa ntah nama dia.. sebelah UPWELL tu).. sebab Mr. Zam ni pulak nak carik kasut bola. Again after looking and looking for about 15 minutes.. (Lelaki nak shopping senang jeks.. berkenan terus angkat ler), Zam beli Power 90 Nike RM 226.. erk..tak berbaloi sungguh.. setakat nak buat tendang bola.. Malas nak complaint.. Nanti dia ungkit plak kain baju aku yang beratus tu..
Destination ke3, agak menguji kesabaran Zam sebagai lelaki dan tunang kepada seorang pompuan yang cerewet macam aku.. Keluar masuk pasaraya carik baju.. x jugak berkenan.. Akhirnya, aku beli satu blouse Lady Like warna merah RM 70. Zam senyap jek.. x berani komen.. mesti sebab dia pun baru lepas beli kasut yang agak mahal.. kui kui kui..
Penat shopping... G solat maghrib kat masjid India (jgn ingat Kl jek ada masjid India tau).. G makan kat tepi highway.. Sedapnye Nasi Goreng Ikan Masin.. Nyum-Nyum-Nyum.
Balik rumah.. Zam dok sembang ngan family aku.. aku plak.. mandi dan tido..ZZzzZZzzZZzz.. keletihan beb. Bubbye everybody. Have a sweet dreams.. Muaaahhhhs.
With Luv |Cik Mai| 4:52 PM
Perjalanan Sebuah Kehidupan
Wednesday, March 02, 2005
Hie.. Hie.. Hie…
Before I tell U all the reason why I change my blog name… from Perjalanan Sebuah Kehidupan to Shinju Câfe, lets we see the history of ‘Perjalanan Sebuah Kehidupan’ (Macam belajar Sejarah lah pulakkk...)
I’d started my blog ‘Perjalanan Sebuah Kehidupan’ on 9th September 2003, using P4 Intel Processor PC at very very very privacy office... Which I believe U all never experienced it before… (Cik Ju. Hang mesti tau kat mana kan???) kui kui kui.. The most ‘Happening’ office that I ever found... I can do anything that I want to do... Sleep... Eat... Play SIMS… Blah... Blah…Blah… (Shhhh… don’t tell my AP hah!!! Promise?)
My first thought of having my own blog is to writes anything happen in my life... The Journey of My Life... Perjalanan Sebuah Kehidupan... Yes, I mean ANYTHING… to share my feelings… my unhappiness feelings, my hopeless feelings… my lonely feelings…my loving feelings… ZZZZZzzzzzzzzz… And at that time, I dedicated my blog special to mr. Z.. (After this will be known as ‘x-men’). My beloved ex-boyfriend… uwaaaaaaaaaaaaa…
Erk…. I got to go.. got work to do.. (Data Flow Diagram??? Eeyaaarkk :( ) Will continue back later.. BubBye!!
(p/s : Entah apa² aku mengarut ekk)
With Luv |Cik Mai| 9:01 AM
Shinju Cafe
Tuesday, March 01, 2005
Hai kengkawan.. since this is my first entry for this year.. I means 2005.. and I know it was too late for me to wish HAPPY NEW YEAR to all of U out there.. but I still want to do so... Hehehhe..
HAPPY NEW YEAR EVERYONE
And kat sini aku nak announce, secara rasminye PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN telah aku tukarkan namanya kepada SHINJU CAFE.
Apa maksud Shinju?? Kenapa aku tukar nama blog aku? TUngguuuuu... i'll describe it in next entry (insyaAllah)..
Hmmm... Hmm.. Hmmmm... I miss U all.. Miss my blog so much.. Muaaaahhhh
With Luv |Cik Mai| 2:20 PM
|
|