blog*spot
get rid of this ad | advertise here
Shinju Câfe
 
 

Name


URL or Email


Messages(smilies)

      

|| Favourites ||

ITtutor.net

Cik Purple

Liquid7

Rezdrake

Detik Jantung Waktu

Cik Ju

Cik Epal

 

 

|| FlashBack ||


September 2003

October 2003

November 2003

December 2003

January 2004

February 2004

March 2004

May 2004

June 2004

July 2004

August 2004

September 2004

November 2004

December 2004

March 2005

April 2005

 

 

Weekend Couple  

Friday, April 15, 2005

 

Kita hanya merancang.. tapi hanya Dia yang menentukan segala-galanya. Setuju dengan saya? Setiap apa yang berlaku pastilah ada hikmah yang telah ditentukan oleh Nya. Dia Maha Pencipta dan Maha Mengetahui segala apa yang berlaku.

Begitu juga dengan apa yang berlaku dalam hidup saya.. setiap orang ada cerita dan kisah hidupnya sendiri. Bukan kah biasa kita baca dan dengar.. dunia ini ibarat pentas drama dan kita semua adalah pelakon-pelakonnya yang berbeza watak yang dibawa. Kadangkala drama kita berkisarkan kisah sedih yang bisa mengalirkan air mata.. kadangkala kisah gembira yang buat kita ketawa tidak ingat dunia.. tidak kurang juga kisah pelbagai masalah yang melanda.. hmmm.. pelbagai jenis kisah ya. Inilah yang dinamakan kisah sebuah kehidupan.

"Weekend couple" istilah yang digunakan untuk pasangan yang bersama pada hujung minggu sahaja. Selebihnya masing masing dipisahkan jarak dan waktu. Aduh.. mendengar sahaja sudah membuatkan saya berkerut dahi membayangkan bagaimanakah agaknya kehidupan pasangan "weekend couple" yang sudah berumah dan sudah bertangga. Siapalah yang menjaga makan dan minum si suami.. bagaimana dengan pakaiannya.. Si isteri pula.. dengan siapalah dia hendak mengadu dan bermanja. Itu bagi yang belum dikurniakan anak.. bagi yang sudah beranak pinak.. di mana pulak agaknya hendak ditumpangkan anak-anak. Oh tidak sanggup!
Mungkin sanggup untuk seminggu dua tetapi tidak untuk selama-lamanya.. Untuk tempoh sepanjang saya berumah dan bertangga. Bak kata tunang saya "Nanti siapa nak temankan abang tengok siaran perlawanan bola sepak". Alahai.. nampak sangat "Hidup Bola, Makan Bola, Tidur Bola". Dah nasib badan.. alasan bola pun bola lah. Sekurang-kurangnya saya tahu dia juga tidak sanggup untuk menggunakan gelaran "weekend couple".

Saya bukanlah baru dengan persekitaran "weekend couple" ni. Dulu kakak bekerja sebagai jururawat di HKL, suaminya di Kelantan dan anaknya di Segamat. Aduh.. sehinggakan driver bas pun boleh kenal sangat dengan kakak.. berselang seli berulang ke Segamat.. jenguk anak kesayangan.. ke kelantan.. jumpa suami tercinta. Sukar nya yang saya lihat.. susah lagi dia yang alami. Cukuplah sekadar dua tahun kakak lalui pengalaman itu.. sekarang bahagia disamping suami dan anak-anak di kelantan.

"hmm.. ok punya Mai. Ramai yang jadi weekend couple.. dan mereka bahagia pun". Senangnya berkata-kata.. Bagi saya dan tunang, itu adalah mereka.. tidak kami yang bakal berumah dan bertangga insyaAllah Ogos ini. Bak kata Mak "InsyaAllah rezeki akan datang jua.. usah di kejar dunia yang semakin pendek". Aduh.. serabut juga.
Apa-apahal.. saya tunggu hitam putih. Semoga Dia memahami kebuntuan kepala saya, antara menjadi "weekend couple" atau menjadi isteri disamping suami tercinta membina rumah tangga bahagia. Entahlah.

Jalan Jalan Cari Barang  

Saturday, April 09, 2005

 

Hai kengkawan.. Kabare? Wes Mangan? Hhahahaha

Semalam tercapai juga cite-cite aku nak bershopping barang kahwin kat KL.. walaupun banyak perkara yang tidak berapa best terjadi.. huhuhu..
Daripada rumah lagi, aku dah rasa tak berapa nak pergi. Tapi disebabkan percubaan membodek yang Zam buat amat berkesan, aku teruskan jugak dengan janji aku. Sebenarnya hari Ahad ni Zam ada perlawanan takraw dan bola sepak kat stadium Kluang, dan dia tak benarkan aku ikut dia kali ni. Aku terima permintaan dia dengan syarat bawak aku g shopping kat KL, dan Zam pun setuju.. pergh.. baik punye bodek. Sanggup dia nak bawak aku g KL sebab tak kasi ikut dia g Kluang. Dia kata bukan tak nak bawak aku.. tapi bak kata team mate dia, "Ingat nak pergi berkelah ke siap nak bawak tunang ko".. Huh.. Jeles lah tu.

Kami bertolak ke Seremban lepas breakfast biskut kat rumah.. heheh.. aku malas nak masak pagi ni. Sampai di Seremban dalam pukul 11 tengahari.. naik Komuter sampai Mid valley. Aku beli tiket sampai Sogo sebenarnya, tapi Zam nak ke Mid Valley.. nak tengok wayang. OK lah.. aku tak kisah sangat. So kami berhenti kat Mid Valley.. disebab kan perut ni lapar sangat.. maklumle masuk biskut jek pagi tadi, aku terus ajak Zam g food court.. Zam g order nasik dan aku pulak g order air. Dalam dok nak bayar air tuh.. puas aku raba beg aku cari beg duit.. carik punya carik.. sah tak ada. Aduh.. berdebar-debar aku. Gabra giler aku masa tuh. Dah la malu sesangat kat waiter tuh.. dok tunggu aku ulur duit. Aku g kat Zam.. mintak duit dia. Pastu aku dok kat meja. Tak berani nak bukak mulut, takut kena marah. Tapi Zam dah agak ada yang tak kena.. akhirnya terpaksa lah aku berterus terang setelah puas aku kena paksa.. Erk.. Alhamdulilah, Zam tak marah aku pun cuma dia adalah tegor pasal sikap aku yang cuai tuh. Then tetiba jek aku teringat yang beg duit aku tuh aku letak dalam dashboard kete masa berhenti isi minyak kat Tampin.

Aduish..Aku dah tak de mood langsung dibuatnya... mana taknya, aku yang bersemangat nak shopping sakan, sekali beg duit pulak boleh tertinggal.. dah ler aku risaukan takut-takut ada orang yang pecahkan cermin kereta.. melepaslah aku.. Tunai untuk preparation kawin aku semua dalam tuh.. Dalam mood macam tuh, aku mula ar nak buat perangai. Kenapalah perangai aku ni tak berubah-berubah ek.. Padahal silap aku sendiri, tapi macam nak salahkan orang lain pulak. Aku tak nak tengok wayang.. dan ajak Zam balik. Puas ar tunang aku tu layan perangai aku.. macam-macam dia nasihatkan aku.. dah datang jauh-jauh, teruskan lah niat tuh.. pasal duit tuh dia kasi guna duit dia. Ish.. dah nama pun keras kepala, aku tetap jugak berkeras nak balik. Hmm.. Zam beli jek tiket ke Sogo.. sebab kami memang dah plan nak g Jalan TAR.. Nak tak nak aku naik lah jugak, tapi sampai sana aku terus jek beli tiket ke Seremban semula. Nak balik jugakkkkk!!!
Agaknya dah serabut punya pasal Zam pun setuju jek nak balik... Erk.. betul ke nak balik..uwaaaa.. dengan muka tak malunye aku cakap kat dia aku tak nak balik. Pulak dah.. geleng kepala jek tunang aku tuh. Nasib baik ler aku dapat tunang yang penyabar, kalau tak mesti aku dah kene penampar sulung sekali.

Pastu tu puas lah kami menyusuri jalan TAR tuh.. sampai naik melecet kaki aku.. keluar masuk kedai baju..Gulatis, Alinas, Maya.. bla bla bla.. Asal nampak jek kedai kain terus aku masuk..Then, turun naik kedai bunga.. BUnga riben, SSF.. dan yang sewaktu dengannya. Yang bestnye.. Zam beli baju nikah kami dengan sehelai selendang yang cantik sangat... Warna Bronze.. terus sejuk lah hati aku. Hahaha..Bak kata tunang aku tuh "Boleh pun senyum... kan comel" huhuhuhu.

Pukul 5, kami beredar meninggalkan KL. Sebelum tu singgah kejap kat SOGO.. erk.. ada sale bedsheet Jean Perry.. 70% less.. telan air liur jek lah aku. Sampai seremban dah masuk maghrib, solat jap.. dan terus balik ke Segamat. Hampir pukul 9, kami selamat sampai di rumah.

 





























This page is 
                        powered by Blogger. Isn't yours?